ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Selasa mengulangi gesaannya bagi gencatan senjata antara Rusia dan Ukraine menjelang rundingan damai di Istanbul demi menamatkan konflik yang sudah berlanjutan hampir dua bulan, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Kami percaya penyelesaian keamanan yang adil tidak akan merugikan sesiapa, dan tiada pihak inginkan konflik berpanjangan," kata Erdogan kepada delegasi Rusia dan Ukraine di Turki.
Beliau juga berkata Turki bersedia menjadi tuan rumah rundingan damai antara presiden Rusia dan Ukraine.
Turki telah mempamerkan pendekatan yang adil untuk melindungi hak, undang-undang dan sensitiviti kedua-dua pihak di semua platform antarabangsa, kata Erdogan.
Pusingan baharu rundingan damai antara Rusia dan Ukraine akan berlangsung di Istanbul pada Selasa.
Delegasi Rusia dan Ukraine tiba di bandar itu pada Isnin.
Terdahulu, Erdogan berkata beliau akan duduk bersama kedua-dua pihak untuk "pertemuan singkat" sebelum rundingan damai.
Beliau juga berkata perbualan menerusi telefon dengan rakan sejawatannya dari Ukraine dan Rusia akan diteruskan dan "menjurus kepada penyelesaian yang diingini."
Beberapa rundingan antara Rusia dan Ukraine telah diadakan di Belarus setakat ini, dan rundingan terakhir telah diadakan melalui pautan video pada 14 Mac, tanpa sebarang keputusan konkrit.
Turki menjadi tumpuan dunia pada 10 Mac, berikutan negara itu menjadi tuan rumah kepada pertemuan peringkat tertinggi kedua-dua pihak membabitkan menteri luar Rusia dan Ukraine di bandar Antalya di selatan Turki, sejak krisis tercetus.
Turki mendapat pujian meluas atas usahanya menamatkan sengketa kedua-dua negara itu, berikutan negara itu menjalin hubungan mesra dengan Rusia dan Ukraine.
Krisis Rusia-Ukraine mendapat tentangan antarabangsa, dengan Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan United Kingdom serta beberapa negara lain melaksanakan sekatan kewangan ke atas Moscow.
Sekurang-kurangnya 1,151 orang awam terbunuh dan 1,842 yang lain cedera manakala lebih 3.87 juta melarikan diri ke negara jiran, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022
![Presiden Erdogan mahu lihat gencatan senjata sebelum rundingan damai Rusia-Ukraine Presiden Erdogan mahu lihat gencatan senjata sebelum rundingan damai Rusia-Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648545039_TayyipErdogan.jpg)
Turki mendapat pujian meluas atas usahanya menamatkan sengketa kedua-dua negara itu, berikutan negara itu menjalin hubungan mesra dengan Rusia dan Ukraine. - Foto REUTERS
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Zelensky sedia berunding dengan Putin Zelensky sedia berunding dengan Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737767209_PresidentZelensky.jpg)
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Trump umum rancangan adakan mesyuarat dan perbincangan dengan Rusia, Ukraine Trump umum rancangan adakan mesyuarat dan perbincangan dengan Rusia, Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737758957_DonaldTrump.jpg)
Trump umum rancangan adakan mesyuarat dan perbincangan dengan Rusia, Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengadakan "pertemuan dan perbincangan" dengan Rusia dan Ukraine.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Putin, Xi Jinping setuju perkukuh BRICS - Pembantu Presiden Rusia Putin, Xi Jinping setuju perkukuh BRICS - Pembantu Presiden Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729668179_VladimirPutin.jpg)
Putin, Xi Jinping setuju perkukuh BRICS - Pembantu Presiden Rusia
Isu itu adalah antara perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin dalam panggilan video pada Selasa.
![Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676735078_electriccars.jpg)
Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.
![Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731046009_PutinTrump.jpg)
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
![Nahas pesawat di Kazakhstan boleh dielak dengan 'penyelarasan betul' - Azerbaijan Nahas pesawat di Kazakhstan boleh dielak dengan 'penyelarasan betul' - Azerbaijan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714604953_IlhamAliyev.jpg)
Nahas pesawat di Kazakhstan boleh dielak dengan 'penyelarasan betul' - Azerbaijan
Penyelarasan yang lebih baik antara perkhidmatan tentera dan awam Rusia boleh mengelakkan nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan akhir bulan lalu.
![Rusia perkenal cukai pelancong baharu Rusia perkenal cukai pelancong baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653370049_rusiasempadan.jpg)
Rusia perkenal cukai pelancong baharu
Bermula 1 Januari 2025, pelancong yang menginap di hotel dan penginapan lain akan dikenakan tambahan satu peratus daripada kos penginapan mereka.
![Dua rakan didakwa rompak tiga individu termasuk wanita warga Rusia Dua rakan didakwa rompak tiga individu termasuk wanita warga Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Dua rakan didakwa rompak tiga individu termasuk wanita warga Rusia
Hakim tidak menawarkan jaminan kepada kedua-dua tertuduh dan menetapkan sebutan kes pada 7 Februari tahun depan.