NEW DELHI: Presiden Pakistan Arif Alvi meminta Imran Khan meneruskan tugasnya sehingga perdana menteri sementara dilantik, memetik kenyataan pejabat presiden pada Isnin.
Situasi politik negara itu mengalami perubahan dramatik pada Ahad selepas usul undi tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan Parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan tidak diluluskan untuk dibahas.
Timbalan Speaker Dewan Negara, Qasim Khan Suri tidak membenarkan usul undi tidak percaya pembangkang terhadap kerajaan Imran, menyifatkan ia satu konspirasi yang disokong pihak asing.
Bertindak atas nasihat perdana menteri, presiden kemudian membubarkan Kabinet bagi membolehkan pilihan raya baharu didadakan.
Parti pembangkang membantah keputusan Suri.
Shehbaz Sharif, ketua pembangkang dan abang kepada bekas perdana menteri Nawaz Sharif, menuduh Imran mendorong Pakistan "ke dalam sistem anarki".
Pakatan pembangkang menyokong Shehbaz untuk menggantikan Imran sebagai perdana menteri.
Mahkamah Tinggi Pakistan sedang meneliti perkembangan itu.
Imran meminta pihak lawan menerima keputusan pembubaran kerajaan serta mendapatkan mandat menerusi pilihan raya awal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022
Arif Alvi (Kiri) meminta Imran Khan meneruskan tugasnya sehingga perdana menteri sementara dilantik.
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Parlimen Pakistan dibubarkan
Presiden telah menerima nasihat Perdana Menteri Shahbaz Sharif untuk Dewan Rakyat dibubarkan berdasarkan Perkara 58(1) Perlembagaan Pakistan.
Presiden Pakistan arah pilihan raya diadakan di wilayah Punjab dan khuber Pakhtunkhwa
Pilihan raya perlu dijalankan selepas kerajaan pimpinan Imran Khan sebelum ini membubarkan dewan undangan pada bulan lepas.
Ketua PPP Bilawal dilantik Menteri Luar baharu Pakistan
Ketua Parti Rakyat Pakistan (PPP) Bilawal Bhutto-Zardari pada Rabu dilantik sebagai Menteri Luar baharu Pakistan.
Pakistan beri kelonggaran berjemaah di masjid menjelang Ramadan
Jemaah disarankan untuk memastikan jarak sejauh 2 meter antara satu sama lain.
Tun M jadi tetamu kehormat Hari Pakistan 2019
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengundang Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tetamu kehormat pada sambutan itu.