ISTANBUL: Presiden Palestin Mahmoud Abbas memulakan lawatan negara empat hari ke China pada Selasa.
Abbas dalam lawatan rasmi kelimanya ke China, berada di Beijing atas jemputan Presiden China Xi Jinping, kata jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying.
Beliau adalah pemimpin negara Arab pertama diraikan oleh Xi tahun ini sempena jalinan hubungan diplomatik ke-35 China dan Palestin, lapor Agensi Anadolu.
Beijing menyifatkan Abbas sebagai "rakan lama dan baik kepada penduduk China."
Xi yang kali terakhir bertemu Abbas di Riyadh pada Disember lepas sempena sidang kemuncak pertama Kerjasama Majlis Teluk-China, berkata: "persahabatan China-Palestin sangat dihargai oleh rakyat masing-masing."
Minggu lepas, jurucakap Kementerian Luar China,Wang Wenbin, memberitahu wartawan bahawa persoalan Palestin adalah inti isu Asia Barat kepada keamanan dan kestabilan rantau ini serta ekuiti dan keadilan global.
Wang berkata China selama ini menyokong teguh perjuangan rakyat Palestin untuk memulihkan negara mereka yang sah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023

Abbas dalam lawatan rasmi kelimanya ke China, berada di Beijing atas jemputan Presiden China Xi Jinping. - Reuters

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ketegangan di sempadan Gaza-Israel memuncak, puluhan warga Palestin maut
Sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin maut dan ratusan lagi cedera selepas pihak keselamatan Israel melancarkan operasi mengekang tunjuk perasaan besar-besaran di Gaza.