BUCHAREST: Presiden Romania Klaus Iohannis mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, menyatakan bahawa beliau akan berundur pada Rabu, lapor Xinhua.

"Untuk menyelamatkan Romania dan rakyatnya daripada krisis ini ... saya meletakkan jawatan sebagai Presiden Romania," kata Iohannis dalam sidang media di Istana Cotroceni.

"Saya akan melepaskan jawatan ini lusa, pada 12 Feb," tambahnya.

Keputusan itu dibuat ketika parlimen Romania dijadual bersidang pada Selasa, 10 pagi waktu tempatan bagi membincangkan usul untuk menggantung Iohannis daripada jawatan presiden.

-- BERNAMA