Hun Sen, yang juga presiden Parti Rakyat Kemboja yang memerintah, berkata seorang daripada perancang ditangkap di wilayah selatan Takeo.
"Saya hanya ingin mengesahkan bahawa dalam beberapa minggu ini, serangan dron telah dirancang ke atas rumah saya," katanya semasa perasmian bangunan sekolah di wilayah Kandal dan ucapannya disiarkan secara langsung di televisyen TVK yang dikendalikan kerajaan.
"Ini adalah tindakan keganasan, dan saya ingin menggesa warga asing untuk berhati-hati, mengelak daripada menyokong aktiviti pengganas," katanya.
"Warga asing tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal dalaman Kemboja."
Hun Sen berkata pasukan keselamatan menggagalkan plot itu selepas beliau menerima mesej suara rahsia mengenai rancangan itu.
Hun Sen, 72, telah menjadi presiden Senat sejak April 2024 selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri Kemboja pada Ogos 2023, menyerahkan tampuk kuasa kepada anak sulungnya, Hun Manet.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)