BEIJING: Dunia memerlukan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) yang stabil pada keseluruhannya, kata Presiden China Xi Jinping.
Ketika menerima kunjungan Setiausaha Negara AS Antony Blinken pada Isnin, beliau menyatakan sama ada kedua-dua negara mampu menemui cara pergaulan yang tepat berkait rapat dengan masa depan seluruh manusia.
Menurut Xi, masyarakat antarabangsa tidak mahu melihat konflik dan konfrontasi antara China dengan AS ataupun pilih kasih antara kedua-dua negara, sebaliknya berharap dua kuasa besar itu dapat wujud bersama secara aman dan bekerjasama secara muhibah.
Tambah beliau, persaingan antara negara kuasa besar tidak selaras dengan arus sezaman, selain tidak mampu menyelesaikan masalah AS sendiri serta cabaran yang dihadapi dunia.
"China menghormati kepentingan AS dan tidak akan mencabar atau menggantikan AS.
"Sementara itu, AS juga perlu menghormati China dan tidak boleh menjejaskan hak dan kepentingan sah China," kata Xi.
Beliau turut berharap agar AS dapat mengambil sikap yang rasional dan pragmatik serta berusaha sehaluan dengan China ke arah memantapkan hubungan dua hala.
Xi berkata kedua-dua pihak perlu kekal komited terhadap konsensus yang dicapai beliau dengan Presiden Joe Biden di Bali, dan menterjemahkan kesepakatan berkenaan dalam bentuk tindakan.
Senada dengan Xi, Blinken berkata pihaknya komited untuk kembali kepada agenda yang ditetapkan semasa pertemuan pemimpin kedua-dua negara di Bali.
Menurut beliau, AS berpegang kepada komitmen yang dibuat Presiden Biden iaitu tidak akan melancarkan Perang Dingin baharu, tidak akan mengubah sistem China atau menentang China melalui pengukuhan ikatan sekutu, serta tidak menyokong cubaan 'kemerdekaan Taiwan' dan tiada niat untuk berkonflik dengan China.
"AS berharap dapat melakukan interaksi peringkat tinggi dan mengekalkan komunikasi dengan China, selain mengendalikan perselisihan secara bertanggungjawab serta menggerakkan dialog, pertukaran dan kerjasama," kata Blinken.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2023

Menurut Xi, masyarakat antarabangsa tidak mahu melihat konflik dan konfrontasi antara China dengan AS sebaliknya berharap dua kuasa besar itu dapat wujud bersama secara aman. - Reuters

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau menghentikan akses keselamatan bekas presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.

Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal
Moscow tidak pernah menolak peluang untuk berhubung dengan pentadbiran AS.

Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.

Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.

Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah
Menurut laporan media AS, Trump dijangka menandatangani lebih 100 perintah eksekutif pada hari pelantikannya.

Trump, Biden minum pagi di White House sebelum majlis angkat sumpah
Majlis angkat sumpah akan dipindahkan ke dalam bangunan Capitol disebabkan cuaca sejuk.

TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan
Jaminan yang diperlukan ialah Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong TikTok.

Pentadbiran Biden tidak akan kuatkuasakan pengharaman TikTok, kata pegawai Rumah Putih
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tidak akan melaksanakan larangan TikTok sehari sebelum beliau meninggalkan jawatannya pada Isnin.

Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.

Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.