NEW DELHI: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Ahad bersetuju untuk berusaha ke arah merealisasikan sidang kemuncak tiga hala dengan China, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pejabat presiden.
Kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbincangan di luar sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) di New Delhi, menyatakan kegembiraan mereka bertemu sebanyak enam kali sejak Mac, ketika Yoon melakukan lawatan ke Tokyo untuk memperbaiki hubungan dua hala yang terjejas teruk akibat pertikaian sejarah.
"Presiden berkata kedua-dua negara wajar meneruskan pertemuan aktif pada separuh kedua tahun ini dan dengan lancar melaksanakan proses untuk mengadakan sidang kemuncak Korea Selatan-Jepun-China.
"Perdana Menteri Kishida berkata beliau akan bertindak balas secara aktif," menurut pejabat presiden dalam kenyataan akhbar.
Sebagai pengerusi semasa sidang kemuncak tiga hala, Korea Selatan telah berusaha untuk menjadi tuan rumah mesyuarat seterusnya sebelum akhir tahun ini.
Sidang kemuncak itu tidak diadakan sejak 2019 kerana pertikaian sejarah antara Seoul dan Tokyo, dan wabak COVID-19.
Yoon dan Kishida membincangkan perkembangan terkini dalam hubungan Korea Selatan-Jepun, dan bersetuju untuk bekerjasama dan memberi sumbangan bersama secara bertanggungjawab mengenai isu-isu global.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbincangan di luar sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) di New Delhi. - Foto AP

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Malaysia dalam usaha adakan Sidang Kemuncak ASEAN-AS
Perkara itu telah dipersetujui pada peringkat Menteri-Menteri Luar ASEAN bagi memastikan ASEAN tidak dilihat condong ke mana-mana negara.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab pada 4 Mac bincang pembinaan semula Gaza
Sidang kemuncak itu pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari tetapi ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Arab Saudi bakal anjur mesyuarat 5 Pihak Arab bincang pembinaan semula Gaza
Arab Saudi akan menganjurkan Mesyuarat Lima Pihak Arab pada 20 Feb untuk membincangkan cadangan Mesir bagi pembinaan semula Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

Brazil jadi tuan rumah sidang kemuncak BRICS di Rio de Janeiro pada Julai
Brazil mengambil alih jawatan pengerusi pada 1 Jan dan mengetuai kumpulan kerja bagi menyediakan agenda dan topik untuk sidang kemuncak.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab mengenai Palestin pada 27 Februari
Sidang kemuncak yang dijadualkan berlangsung di Kaherah itu diadakan selepas rundingan dengan Bahrain serta Presiden Liga Arab ketika ini.

Malaysia akan mengemudi ketidaktentuan geopolitik raih pelaburan tenaga bersih ASEAN – PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan mengemudi ketidaktentuan geopolitik dengan hemat dalam usaha menjayakan projek-projek peralihan tenaga boleh baharu di rantau ASEAN.

Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.

Syarikat minyak sawit China dipelawa teroka peluang di Malaysia - Johari
Malaysia mempelawa syarikat minyak sawit China untuk meneroka peluang dalam industri di negara ini.

Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi kerjasama erat dengan China - TPM
Malaysia menyasarkan untuk mencapai kemajuan bersama melalui kerjasama erat dengan China yang memfokus kepada langkah menggalakkan pengagihan kekayaan saksama.