LONDON: Selepas tidak aktif selama beberapa dekad, Battersea Power Station yang dipulihkan serta ditukar menjadi pusat membeli belah dengan 100 kedai, bar, restoran dan riadah akan dibuka untuk warga London termasuk pelawat yang mahu meneroka mercu tanda ikonik yang disenaraikan di bawah Gred II*.
Bangunan bersejarah itu dimiliki oleh konsortium Malaysia dengan Sime Darby Property memiliki 40 peratus, S P Setia (40 peratus), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (20 peratus) serta aset komersial dalam bangunan stesen janakuasa itu kini dimiliki secara langsung oleh Permodalan Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Pengurusan pembangunan sedang dijalankan oleh Battersea Power Station Development Company (BPSDC) yang berpangkalan di Britain.
Battersea Power Station bernilai GBP9 bilion (GBP1=RM5.14) akan dilancarkan menjelang 12 Okt ini dan ia akan dibuka kepada umum secara rasmi pada 14 Okt.
"Bagi menandakan detik bersejarah ini, 'Festival Kuasa' selama lima hari akan berlangsung mulai 14 Okt dengan aktiviti dan persembahan mesra keluarga percuma sebagai meraikan warisan unik bangunan itu dan sumbangannya kepada budaya British," kata BPSDC baru-baru ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadual merasmikan pembukaan Battersea Power Station.
Semasa lawatan khas ke United Kingdom (UK) tahun lepas, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa bangga dengan keupayaan serta kejayaan syarikat milik Malaysia dan agensi kerajaan yang menjalankan perniagaan serta pelaburan di UK.
MEDIA MALAYSIA DAPAT PENGALAMAN PERTAMA
Untuk memulakan festival lima hari itu, media Malaysia akan menjadi antara yang pertama diberi lawatan ke bangunan yang diubah suai oleh arkitek Wilkinson Eyre, yang merupakan salah satu firma seni bina terkemuka di dunia dengan portfolio projek pemenang anugerah yang berani, cantik dan pintar.
Antara lawatan itu termasuk lawatan komersial dan runcit BPS, KOA Residential Tour serta merasai pengalaman Lift 109, lif kaca yang unik yang dipasang dalam cerobong belah barat laut, yang menawarkan pemandangan panorama epik London pada ketinggian 109 meter.
Seterusnya, mereka akan menyertai warga London yang lain untuk meraikan detik bersejarah, 'Festival Kuasa' percuma selama lima hari yang akan berlangsung mulai Jumaat (14 Okt), dengan program persembahan secara langsung, aktiviti mesra keluarga, pemasangan dan banyak lagi bagi meraikan detik bersejarah itu.
FESTIVAL KUASA
Festival ini akan dibuka dengan acara Lords of Lightning Arcadia, persembahan elektrik yang melepaskan berjuta-juta tenaga voltan daripada karektor yang berpakaian kalis elektrik pada 14 Okt ini mulai 7 petang, kata Sime Darby Property dalam satu kenyataan baru-baru ini.
"Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai bentuk hiburan termasuk akrobat dan pengaktifan jenama.
"Sorotan lain termasuk pengiraan detik rasmi pembukaan pintu Battersea Power Station pada 10 pagi yang akan akan berlangsung di Malaysia Square, selatan bangunan itu," katanya.
Sepanjang Festival Kuasa, pengunjung boleh menikmati muzik secara langsung termasuk persembahan khas daripada Koir Komuniti Battersea Power Station susulan detik pengiraan, 'Emerge Showcase' dari World Heart-Beat Music Academy dan Setia Drummers, rombongan pemain dram Malaysia.
Projek Battersea Power Station meliputi 42 ekar dan merangkumi ruang komersial bercampur seluas 3.5 meter persegi, bersama-sama dengan 4,239 rumah baharu.
Kejayaan penjanaan semula Battersea Power Station mewujudkan 20,000 pekerjaan, menjana peluang kerjaya jangka panjang untuk penduduk tempatan. Kemudahan perubatan NHS yang baharu juga sedang dibina.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022

Pengurusan pembangunan sedang dijalankan oleh Battersea Power Station Development Company (BPSDC) yang berpangkalan di Britain. -Reuters

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Battersea Power Station tersenarai 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia
National Geographic menyenaraikan Battersea Power Station dalam 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia kerana menawarkan pengalaman menarik, bermakna dan tersendiri kepada para pengunjung.

Setahun beroperasi, Battersea Power Station catat kunjungan lebih 11 juta pengunjung
Battersea Power Station dimiliki oleh konsortium syarikat-syarikat Malaysia terdiri daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB), Sime Darby Property, SP Setia Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Apa yang perlu diketahui tentang Battersea Power Station?
Stesen Janakuasa Battersea yang bakal beroperasi secara rasmi bermula esok dibina siap dengan 100 buah kedai komersial, ruang pejabat dan juga unit kediaman.

Battersea Power Station London terima lebih 250,000 pengunjung pada pembukaan
Battersea Power Station di London menerima lebih 250,000 pengunjung semasa pembukaannya pada hujung minggu antara 14 dan 16 Okt.

Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum
Pengurusan pembangunan sedang dijalankan oleh Battersea Power Station Development Company (BPSDC) yang berpangkalan di Britain.

Sime Darby Property jangka isu kekurangan pekerja selesai pada suku keempat
Sime Darby hadapi 50 peratus kekurangan pekerja di tapak pada masa ini berbanding kekurangan sebanyak 60 peratus pada separuh pertama 2022.

Projek Battersea catat prestasi menggalakkan walaupun terdapat isu Brexit
United Kingdom dijangka meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Okt, 2019, lanjutan dari tarikh akhir sebelum ini pada 29 Mac, 2019.

KWSP mohon status kedaulatan di Amerika Syarikat
KWSP mengemukakan permohonan untuk mendapatkan status kedaulatan di Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkannya memperolehi lebih banyak peluang pelaburan di negara tersebut.

Kerajaan tidak campur tangan dalam rancangan beli aset Fasa 2 Battersea
Keputusan bagi meninjau potensi penyusunan semula pemilikan itu merupakan satu pertimbangan pelaburan semata-mata yang dimulakan oleh pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan BPS.

Apple akan jadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station
Battersea Power Station mengesahkan yang Apple akan menjadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station, menduduki ruang kira-kira 500,000 kaki persegi di enam tingkat Boiler House di situ.