BANDARAYA Jakarta dan beberapa bandaraya lain di Indonesia kini sedang menyaksikan protes mega yang telah berlangsung semenjak 6 Oktober 2020. Protes yang kadangkala menjadi ganas ini melibatkan ribuan peserta daripada pelbagai kumpulan, terutama sekali kumpulan pelajar universiti dan pekerja. Adalah dijangkakan keadaan ini akan berlanjutan selama beberapa hari atau beberapa minggu lagi.
Punca kemarahan mereka adalah kerana membantah Undang-undang Cipta Kerja Indonesia (Omnibus Law) yang telah diusulkan oleh pihak kerajaan Indonesia di Dewan Perwakilan Rakyat pada awal tahun 2020 dan telah diluluskan pada awal bulan ini.
Rang undang-undang ini bertujuan untuk menarik pelaburan dari dalam dan luar negara dengan cara memansuhkan beberapa peraturan yang dilihat menyulitkan operasi organisasi perniagaan. Aspek yang paling kontroversi ialah penghapusan peraturan yang melindungi hak pekerja serta yang melindungi alam sekitar. Sebagai contoh ialah penghapusan peraturan gaji minima serta peraturan yang melindungi pekerja daripada dibuang oleh majikan. Di samping itu, peraturan yang memerlukan organisasi perniagaan melakukan Analisa Impak ke atas Alam Sekitar (Environmental Impact Analysis) juga telah dilonggarkan.
Sudah tentu ini semua dilakukan akibat daripada tekanan pihak industri dan pelabur yang sedang menghadapi suasana perniagaan yang semakin mencabar. Tahap persaingan di hampir kesemua sektor semakin sengit dan memaksa organisasi perniagaan meningkatkan produktiviti dan dayasaing mereka. Ini bemakna kos operasi mesti dikurangkan, terutama sekali kos gaji dan upah pekerja.
Keadaan inilah yang membuatkan golongan pekerja dan pelajar menjadi marah kerana merasakan bahawa kerajaan Indonesia lebih mementingkan kepentingan golongan korporat berbanding golongan pekerja dan rakyat biasa.
Sebenarnya isu yang dibincangkan ini bukanlah isu yang baru. Bahkan ia telah berlaku di kebanyakan negara lain sebelum ini terutama sekali di negara-negara barat. Sebagai contoh pada tahun 2006, ribuan pelajar dan pekerja di Perancis telah memprotes dengan ganas terhadap kerajaan mereka di bawah pimpinan Perdana Menteri Dominique de Villepin yang telah mengusulkan satu undang-undang yang menyenangkan organisasi perniagaan membuang pekerja untuk mengurangkan kos operasi. Ini kerana organisasi perniagaan di Perancis telah menghadapi persaingan sengit dari luar negara, terutama sekali daripada negara-negara Eropah Timur seperti Poland dan Hungary di mana kos pekerja di sana adalah lebih rendah dan undang-undang buruh adalah lebih fleksibel. Ini bermaksud organisasi perniagaan di kedua-dua negara tersebut boleh membuang pekerja dengan mudah apabila ekonomi menjadi perlahan dan permintaan kepada produk mereka merosot. Apa yang berlaku di akhir episod protes ini adalah akhirnya tuntutan para pemprotes telah gagal dan kerajaan Perancis terus meluluskan serta melaksanakan undang-undang baru tersebut.
Kita perlu sedar bahawa persekitaran perniagaan di seluruh dunia kini sedang menghadapi suasana persaingan yang terlampau sengit (hypercompetition). Faktor utama yang menyumbang kepada suasana tersebut adalah pertambahan bilangan organisasi yang beroperasi pada skala yang besar di dalam hampir kesemua sektor perniagaan.
Suasana perniagaan sekarang boleh diumpamakan seperti suasana persaingan sengit di dalam kebanyakan bidang sukan. Punca utama persaingan sengit dalam bidang sukan adalah kerana penggunaan steroid oleh para atlet itu sendiri. Walaupun prestasi ahli sukan meningkat, namun beberapa kesan negatif telah timbul. Di antaranya, kita dapati ramai ahli sukan yang mengambil steroid ini telah menghadapi masalah jantung dan mati lebih awal daripada ahli sukan biasa. Malangnya sekarang ini ramai atlet terpaksa menggunakan steroid kerana ia sudah menjadi amalan biasa di kalangan atlet, dan menjadi syarat untuk mencapai kejayaan terutama sekali di peringkat antarabangsa.
Di dalam dunia perniagaan ‘steroid' kepada organisasi perniagaan ialah dana kewangan yang dipinjam daripada sektor perbankan. Sudah tentu dana ini dapat membantu organisasi perniagaan beroperasi pada skala yang lebih besar, dengan tahap inovasi yang lebih tinggi serta kemampuan pemasaran yang lebih kuat. Namun, apabila semua organisasi melakukan strategi yang sama, iaitu berkembang dengan cara berhutang daripada sektor perbankan, tahap persaingan akan menjadi terlampau sengit. Bahkan kini keadaan menjadi lebih teruk lagi kerana wang sekarang adalah dalam bentuk elektronik dan bukan lagi berbentuk fizikal (sebenarnya hanya 3 peratus sahaja bekalan wang yang berbentuk fizikal). Keadaan inilah yang menyenangkan sektor perbankan mencipta wang baru dengan mudah dan seterusnya menjadi pembekal dana secara hutang kepada sektor perniagaan. Akibatnya jumlah pinjaman kepada sektor perniagaan telah meningkat dengan cepat dan keadaan keberhutangan syarikat perniagaan telah menjadi sangat tinggi.
Akhirnya hampir kesemua organisasi perniagaan terbeban dengan beban hutang yang banyak. Keadaan inilah yang akhirnya memaksa syarikat-syarikat perniagaan mencari jalan untuk mengurangkan kos sebanyak mungkin. Jika tidak, mereka akan terpaksa memindahkan lokasi operasi mereka ke negara di mana undang-undang buruh dan alam sekitar adalah lebih longgar. Kerajaan Indonesia menyedari kemungkinan tersebut dan oleh itu terpaksa bersetuju dengan kehendak dan cadangan agar Undang-undang Omnibus ini diluluskan.
Sebenarnya organisasi perniagaan adalah mangsa kepada sistem kewangan yang menghimpit mereka dengan bebanan hutang serta mewujudkan suasana perniagaan yang sangat mencabar. Untuk memastikan perniagaan mereka boleh kekal wujud dan terus bersaing, akhirnya mereka juga terpaksa ‘menghimpit’ pekerja-pekerja mereka serta mengancam alam sekitar.
Rakyat yang umumnya daripada golongan pekerja merasakan bahawa keadaan ini adalah tidak adil kepada mereka dan oleh yang demikian membantah kerajaan yang dianggap berkomplot dengan pihak organisasi perniagaan yang sedang menzalimi mereka. Rakyat umumnya tidak menyedari bahawa punca kepada keadaan yang menzalimi mereka adalah sebenarnya bukan kerajaan Indonesia semata-mata, tetapi ia adalah berpunca daripada sistem Riba yang zalim yang diharamkan oleh Allah SWT. Namun, jika industri Riba yang mendapat keuntungan daripada memberi hutang ini dibenarkan beroperasi dan berkembang dengan cepat oleh masyarakat Indonesia sendiri, maka akibatnya semua pihak akan berada di dalam keadaan yang lebih tertekan dan sengsara, terutama sekali golongan pekerja.
Berita terkini dari seberang melaporkan bahawa Nahdatul Ulamak atau NU, iaitu sebuah organisasi dakwah terbesar di Indonesia juga telah mengambil keputusan menyokong golongan pelajar dan pekerja untuk menentang kerajaan Indonesia dalam isu ini.
Malangnya, berdasarkan apa yang telah berlaku di Perancis pada tahun 2006 serta di beberapa negara lain, besar kemungkinan usaha mereka akan sia-sia dan kerajaan Indonesia akan terus melaksanakan undang-undang tersebut. Ini kerana kerajaan Indonesia tidak mempunyai alternatif lain untuk memastikan pelaburan akan bertambah dan ekonomi Indonesia akan terus berkembang pada masa akan datang, demi ‘survival’ kerajaan itu sendiri.
Sepatutnya NU, sebagai badan dakwah, menyedari bahawa punca masalah ialah kegagalan masyarakat Indonesia secara umumnya menyekat perkembangan industri Riba yang bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh itu, di samping menyuarakan tentangan terhadap undang-undang baru ini, NU sepatutnya memfokuskan usaha untuk mendidik masyarakat Indonesia tentang bahaya industri hutang atau Riba sebagai penyelesaian jangka panjang. NU juga perlu melakukan usaha dakwah dan tarbiah supaya nilai ahli masyarakat Indonesia dapat diubah supaya tidak mengejar dan mengagungkan kebendaan serta kemajuan material semata-mata kerana nilai sebeginilah yang menjadi faktor kepada perkembangan industri Riba di Indonesia.
Kegagalan mengenalpasti punca masalah ini bermakna masalah ini tidak akan dapat diselesaikan. Walaupun undang-undang yang diluluskan akan memastikan pelaburan bertambah dan ekonomi negara Indonesia berkembang, terutama sekali apabila Pandemik Covid-19 berakhir nanti, namun ia akan disusuli oleh pertambahan tekanan hidup dan kesengsaraan di kalangan rakyat biasa, seperti yang sedang berlaku di negara-negara lain termasuk di Malaysia.
Protes dan demonstrasi terhadap kerajaan tidak akan mengubah keadaan yang sedih ini. Bahkan kemungkinan besar ia akan berakhir dalam masa beberapa minggu lagi apabila para pemprotes sendiri kepenatan. Apa yang boleh mengubah keadaan dalam jangka panjang adalah usaha dakwah dan tarbiah serta kesedaran tentang ancaman daripada perkembangan industri hutang dan Riba.
* Penulis merupakan profesor di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Dr Mohd Nazari Ismail
Sat Oct 10 2020
![Protes pekerja di Indonesia - Apakah punca masalah yang sebenarnya? Protes pekerja di Indonesia - Apakah punca masalah yang sebenarnya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602294115_TBomnibus.jpg)
Anggota kesatuan pekerja antara yang menyertai protes membantah undang-undang baru yang diluluskan Parlimen, di Tangerang, pinggir Jakarta, Indonesia, 6 Okt, 2020. - Gambar fail REUTERS
Bakal haji diwajibkan suntik vaksin Meningococcal
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618148_RahmadMariman.jpg)
MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat dakwaan berhubung seorang wanita gagal mendapatkan bantuan daripada agensi itu sehingga terpaksa berlindung di sebuah surau.
Pemandu kereta buat pusingan dari pagi ke malam hidap Skizofrenia
Pemandu kereta Axia putih yang dikatakan membuat pusingan beratus kali di bulata Majhkota, Kluang, Johor yang tular dalam media sosial disahkan mengalami skizofrenia.
![192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution 192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739618005_SaifuddinNasution.jpg)
192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
AWANI Borneo [15/2/2025] – Tawar harga tiket berpatutan| Bukan tiada sumber air| Tepis spekulasi
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya.
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739617940_ZambryAbdulKadir.jpg)
KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
![25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat 25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618435_950x600.jpg)
25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.
Barisan kepimpinan PBB diketahui Ahad
Enam calon bertanding untuk empat kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua Sayap Bumiputera sementara 20 calon berentap untuk 16 kerusi Ahli Majlis tertinggi Sayap Bumiputera manakala 16 calon berebut untuk 14 kekosongan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi Sayap Pesaka.
![Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738601245_TBgavel.jpg)
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
![Nvidia-DeepSeek: Singapura jangka syarikat patuhi undang-undang Nvidia-DeepSeek: Singapura jangka syarikat patuhi undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738415126_Deepseek.jpg)
Nvidia-DeepSeek: Singapura jangka syarikat patuhi undang-undang
Singapura sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang serta bertindak tegas terhadap individu dan syarikat yang melanggar peraturan.
![Dakwa anak dipukul guru, ibu mahu pembelaan sewajarnya Dakwa anak dipukul guru, ibu mahu pembelaan sewajarnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737717902_anakdipukulguru.jpg)
Dakwa anak dipukul guru, ibu mahu pembelaan sewajarnya
Ibu kepada murid yang cedera didakwa akibat dipukul guru pada 10 Dis lepas mahu anaknya mendapat pembelaan sewajarnya.
![Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737019931_ArmizanMohdAli.jpg)
Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
!['Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta' - Ketua Hakim Negara 'Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta' - Ketua Hakim Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707468608_TengkuMaimun.jpg)
'Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta' - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, tempoh enam tahun pentadbirannya di bawah empat Perdana Menteri, semuanya daripada gabungan politik berbeza.
![Perlindungan hidupan liar diperkasa, denda RM10 juta antara pencapaian NRES 2024 Perlindungan hidupan liar diperkasa, denda RM10 juta antara pencapaian NRES 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719891424_hutanhujan.jpg)
Perlindungan hidupan liar diperkasa, denda RM10 juta antara pencapaian NRES 2024
NRES telah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan perlindungan hidupan liar, termasuk spesies Harimau Malaya.
![Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734667580_YoonSukYeol.jpg)
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
![KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734169884_DzulkeflyAhmadCPR.jpg)
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
![Kementerian Pengangkutan tubuh jawatankuasa semak undang-undang maritim, akta-akta pelabuhan Kementerian Pengangkutan tubuh jawatankuasa semak undang-undang maritim, akta-akta pelabuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732540274_AnthonyLoke.jpg)
Kementerian Pengangkutan tubuh jawatankuasa semak undang-undang maritim, akta-akta pelabuhan
Tindakan itu bertujuan memastikan undang-undang tersebut kekal relevan dan berkesan dalam menghadapi perubahan.
![HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720657975_tbStevenSimChee.jpg)
HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.