BANGKOK: Kira-kira 2.15 juta rakyat Thailand telah mendaftar untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum 14 Mei.
Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sawaeng Boonmee berkata seramai 2,153,450 pengundi telah mendaftar sejak pendaftaran dibuka pada 25 Mac dan berakhir pada Ahad.
"Sekitar 2,042,381 rakyat di Thailand mendaftar untuk mengundi awal pada 7 Mei, manakala baki 111,069 lagi warga Thailand yang tinggal di luar negara mendaftar dengan SPR," katanya.
Bilangan pengundi awal dijangka bertambah kerana terdapat borang pendaftaran melalui pos yang masih belum tiba di pejabat SPR, katanya.
Sementara itu, Sawaeng berkata laman sesawang dan aplikasi pendaftaran SPR mengalami gangguan pada Ahad, bermula 8 malam hingga 11.45 malam (waktu tempatan) ekoran ramai mendaftar pada saat akhir.
Kementerian Luar telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas sistem pendaftaran pengundian luar negara dalam talian, untuk memastikan pendaftaran pengundian boleh diakses oleh semua warga Thailand yang tinggal di luar negara,
Pengundi di luar negara akan mengundi di kedutaan atau konsulat jeneral atau melalui pos, seperti ditetapkan oleh kedutaan/konsulat jeneral Thailand di negara masing-masing.
UNDI AKAN DIKIRA DI THAILAND
Kira-kira 52 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab memilih 400 wakil rakyat dan 100 calon 'party-list' akan diputuskan melalui perwakilan berkadar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023

Sawaeng berkata laman sesawang dan aplikasi pendaftaran SPR mengalami gangguan pada Ahad, bermula 8 malam hingga 11.45 malam (waktu tempatan) ekoran ramai mendaftar pada saat akhir. - Foto AFP/Nicolas Asfouri

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Politik Thailand terus buntu, pengundian lantik PM sekali lagi tertangguh
Pengundian untuk memilih perdana menteri baharu Thailand sekali lagi ditangguhkan.

Parlimen Thailand adakan undian untuk pilih perdana menteri baharu
Parlimen Thailand mengadakan sidang bersama pada Khamis untuk mengundi perdana menteri baharu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

PRU Thailand: Calon muda, cantik jadi 'giant killer' di Bangkok
CALON muda Parti Move Foward (MFP), Rukchanok Srinork muncul 'giant killer' di kawasan pilihan raya daerah Bang Bon di Bangkok.

PRU Thailand: Rakyat mula mengundi hari ini
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Thailand.

PRU Thailand: Calon parti Move Forward Pita Limjaroenrat mungkin hilang kelayakan bertanding
Perlembagaan negara melarang pemegang saham syarikat media bertanding dalam pilihan raya.

Rakyat Thailand pulang mengundi perlu ikut laluan sah
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sekiranya individu tertangkap mereka akan hilang hak untuk mengundi pada pilihan raya itu nanti.

PRU: Prachachat sasar menang bergaya di Selatan Thailand, terbuka tubuh kerajaan dengan Pheu Thai
Prachachat sasar menang bergaya di Selatan Thailand, terbuka untuk tubuh kerajaan dengan Pheu Thai

PRU Thailand: 2.15 juta daftar undi awal
Kira-kira 2.15 juta rakyat Thailand telah mendaftar untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum 14 Mei.

PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.

Pilihan raya umum Thailand dijangka pada 7 Mei 2023
Calon boleh mula berkempen mereka mulai 24 Sept iaitu 180 hari sebelum penggal kerajaan berakhir.