TOKYO: Gunung berapi bawah laut yang meletus di Jepun tiga minggu lalu, membentuk sebuah pulau kecil baharu, tetapi pakar berkata ia mungkin tidak bertahan lama.
Gunung berapi bawah laut yang tidak bernama itu, terletak kira-kira satu kilometer dari pantai selatan Iwo Jima, meletus pada 21 Oktober lalu.
Yuji Usui, seorang penganalisis di Bahagian Gunung Berapi Agensi Meteorologi Jepun berkata, dalam masa 10 hari, abu gunung berapi dan batu bertimbun di dasar laut cetek.
Menjelang awal November, ia membentuk sebuah pulau baharu dengan diameter kira-kira 100 meter dan 20 meter dari aras laut.
Aktiviti gunung berapi semakin meningkat berhampiran Iwo Jima dan letusan dasar laut yang serupa pernah berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi pembentukan pulau baharu merupakan perkembangan penting, kata Usui.
Beliau berkata, pakar masih membuat analisis namun berpendapat pulau baharu itu boleh bertahan lebih lama jika ia terhasil daripada lava, berbanding batu gunung berapi seperti batu apung.
“Kita perlu lihat perkembangannya. Tetapi pulau itu mungkin tidak bertahan lama,” katanya kepada AP.
Gunung berapi bawah laut dan aktiviti seismik diketahui menjadi punca pembentukan pulau baharu.
Pada 2013, letusan di Nishinoshima di selatan Tokyo membawa kepada pembentukan pulau baharu. Pada tahun yang sama, sebuah pulau kecil muncul dari dasar laut selepas gempa bumi besar 7.7 magnitud di Pakistan.
Pada 2015, sebuah pulau baharu telah terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi dasar laut selama sebulan di luar pantai Tonga.
Agensi
Fri Nov 10 2023

Gunung berapi bawah laut yang tidak bernama itu meletus pada 21 Oktober lalu. - Gambar/ AP

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Laos akan bangunkan gunung berapi tidak aktif sebagai tarikan pelancongan ikonik
Laos sedang berusaha untuk membangunkan kemudahan di sekitar gunung berapi yang tidak aktif di Daerah Paksong.

120 penduduk dipindahkan selepas tahap amaran Gunung Ibu dinaikkan kepada ancaman tertinggi
Penduduk itu termasuk 63 keluarga, terdiri daripada 46 kanak-kanak, 11 bayi, 21 warga emas dan 42 dewasa dari enam kampung di mukim Ibu.

Gunung Ibu meletus, orang ramai digesa jauhi zon bahaya
Gunung Ibu di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Sabtu, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi 4,000 meter dari puncaknya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.

Gunung berapi Lewotobi Indonesia: 124 Rakyat Malaysia lapor keberadaan di Labuan Bajo
Seramai 124 rakyat Malaysia telah melaporkan keberadaan di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur setakat Rabu, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Indonesia laksana tindakan segera bantu pelancong terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi
Kementerian Pelancongan Indonesia bertindak pantas dengan mengaktifkan Pusat Maklumat Pelancongan (TIC) melalui Badan Pelaksana Labuan Bajo Flores (BPOLBF).

Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.