RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi menjalankan pembanterasan terbesar dalam pertandingan unta tercantik yang dianjurkan di negara itu, yang lazimnya menawarkan ganjaran hadiah lumayan.
Semuanya gara-gara mengenal pasti ada pemilik unta yang sengaja menyuntik muka unta mereka dengan Botox dan mengenakan hormon kosmetik melampau.
Sejumlah 40 ekor unta diumumkan tidak layak menyertai pertandingan unta tercantik tahunan itu.
Festival Unta Raja Abdulaziz itu memang menjadi ikutan ramai, dengan tumpuan utamanya adalah acara berkonsep ‘ratu cantik haiwan’ yang menawarkan hadiah terkumpul sejumlah AS$66 juta.
Solekan biasa dan pemakaian persalinan berwarna-warni memang boleh dilakukan ke atas haiwan tersebut untuk menjadikannya lebih menarik, namun penggunaan Botox, suntikan ‘penyeri’ wajah dan beberapa jenis bahan yang mengubah kosmetik adalah sama sekali dilarang.
Para pengadil lazimnya, akan memberi markah dengan meneliti bentuk kepala, leher, persalinan dan postur unta tersebut.
Pasukan pemeriksa dalam acara selama sebulan di Riyadh itu terpaksa menggunakan teknologi khusus dan canggih untuk mengesan sebarang percubaan melanggar syarat pertandingan.
Tahun ini, pihak berkuasa mengenal pasti puluhan penternak yang sengaja menarik bibir dan hidung unta agar kelihatan lebih muncung, selain menggunakan hormon tertentu sebagai penggalak otot, serta menyuntik Botox ke kepala dan bibir haiwan tersebut supaya kelihatan lebih menonjol.
“Persatuan ini sangat mengambil berat tentang perbuatan menokok tambah dan penipuan hanya untuk mencantikkan unta,” kata penganjur yang berjanji akan mengenakan denda yang berat kepada mereka yang melanggar peraturan.
Agensi
Wed Dec 08 2021
Pasukan pemeriksa dalam acara selama sebulan di Riyadh itu terpaksa menggunakan teknologi khusus dan canggih untuk mengesan sebarang percubaan melanggar syarat pertandingan. - Gambar fail/ Reuters
Generasi muda Malaysia perlu ada keberanian tolak rasuah, ekstremisme - PM Anwar
Meskipun Malaysia berbilang kaum dan aman, terdapat pihak yang cuba memecahbelahkan negara dengan ekstremisme perkauman dan agama.
Pakar ekonomi: KDNK Malaysia 2024 dijangka melangkaui anggaran 5.4 peratus
UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Rusia, Iran tandatangani Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif untuk tingkatkan kerjasama - Putin
Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif antara Rusia dan Iran, disifatkan akan meningkatkan kerjasama dalam semua sektor.
7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India.
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Kedai Pos Shop ke-50 di Jalan Dato Keramat, George Town menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
Puluhan unta dilarang bertanding, dikesan sengaja disuntik Botox demi nampak cantik
Pasukan pemeriksa terpaksa menggunakan teknologi khusus dan canggih untuk mengesan sebarang percubaan melanggar syarat pertandingan.