MADINAH: Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) Madinah yang menjadi premis pertama memperoleh kebenaran pengoperasian pusat kesihatan untuk jemaah haji dari kerajaan Arab Saudi, dilengkapi pelbagai kemudahan dan doktor pakar.
Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Abdul Jalil Ahmad berkata pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi, ambulans dan makmal perubatan.
Beliau berkata pusat rawatan yang beroperasi 24 jam melibatkan keseluruhan 59 petugas itu turut menempatkan doktor pakar kecemasan, bius, perubatan keluarga dan kesihatan awam.
"Pusat Rawatan Madinah ini boleh dikategorikan sebagai sebuah hospital rujukan daripada klinik-klinik yang terdapat di zon (hotel penginapan jemaah haji Malaysia) kerana kita mempunyai kepakaran tertentu," katanya kepada pemberita di sini.
Menurutnya, jika jemaah haji yang dibawa ke pusat rawatan berkenaan tidak dapat distabilkan, memerlukan pemeriksaan lanjut atau pembedahan, pihaknya akan merujuk pesakit berkenaan ke hospital Arab Saudi.
Selain itu, Dr Abdul Jalil berkata pihaknya juga mempunyai pasukan perubatan terminal haji yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz di sini.
Beliau berkata pasukan tersebut akan melakukan saringan kesihatan secara cepat terhadap jemaah haji yang tiba dari Malaysia sebelum mereka menaiki bas ke hotel penginapan masing-masing.
"Pasukan ini berada di lapangan terbang sebab mereka boleh tengok keadaan jemaah haji bila keluar daripada pesawat...kita boleh nampak jemaah haji itu sedang sakit dada, atau sesak nafas atau berjalan terhuyung-hayang sebab ada jemaah haji tertinggal makan ubat," katanya menambah pasukan tersebut akan memberikan rawatan segera jika berlaku situasi berkenaan.
Sebelum ini, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata Pusat Rawatan TH Madinah lulus saringan dan pemeriksaan ketat Kementerian Kesihatan Arab Saudi pada 25 Mei lepas.
Ini menjadikan Malaysia sebagai negara pertama memperoleh kebenaran pengoperasian pusat kesihatan untuk jemaah haji dari kerajaan Arab Saudi, buat dua tahun berturut-turut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
Dr Abdul Jalil berkata, pusat rawatan yang beroperasi 24 jam melibatkan keseluruhan 59 petugas itu turut menempatkan doktor pakar kecemasan, bius, perubatan keluarga dan kesihatan awam. - Gambar Bernama
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia, Syria terus berunding mengenai pangkalan tentera
Rusia dan Syria akan mengadakan rundingan lanjut mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria, menurut laporan agensi berita Rusia pada Selasa malam.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
Isu kenaikan elaun 'on call' pegawai perubatan dibincang Jumaat ini - Dr Dzulkefly
Doktor perubatan dijangka mendapat berita baik berhubung pembayaran kenaikan elaun 'on call' dalam masa terdekat.
KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bagi memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutamanya umat Islam.
Satu kes Mpox dikesan dalam negara
Satu kes baharu jangkitan Mpox dikesan dalam negara menjadikan kes keseluruhan kini 12 kes sejak kali terakhir dilaporkan pada Julai 2023.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.
JKNNS akui berlaku kelewatan kemasukan pesakit ke wad HTJ, ambil tindakan segera
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) mengakui terdapat kelewatan kemasukan sebahagian pesakit ke wad di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada Jumaat lepas dan menyesali situasi itu.
Pengarah hospital disaran buat pemantauan, elak 'burnout' dalam kalangan doktor pelatih - Pakar
Pengarah hospital disaran melakukan pemantauan berterusan terhadap setiap ketua unit di hospital masing-masing.
KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
Jumlah itu termasuk 3,200 MO kontrak yang meletak jawatan untuk beralih ke jawatan tetap, selain doktor yang beralih ke bidang akademik.