RAJA Charles dari Britain menamakan adindanya, Putera Edward sebagai Duke of Edinburgh, sekali gus menyerahkan gelaran yang pernah disandang mendiang ayahanda mereka, Putera Philip.
Istana Buckingham dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat memaklumkan, Edward yang berusia 59 tahun merupakan kerabat diraja England yang terbaharu diberi gelaran sedemikian berikutan Charles bakal ditabalkan sebagai Raja Britain susulan kemangkatan bonda mereka, Ratu Elizabeth.
Putera sulung Raja Charles iaitu Putera William yang juga bakal mewarisi takhta diraja pula dinamakan sebagai Prince of Wales.
Sementara anak-anak kepada Putera Harry yang memilih mengundurkan diri daripada keluarga diraja pula menerima gelaran putera dan puteri berdasarkan protokol diraja negara itu.
Gelaran baharu yang disandang Edward dianugerahkan kepadanya susulan beliau mengambil alih peranan mendiang ayahandanya terutamanya melibatkan kerja-kerja amal.
“Duke dan Duchess of Edinburgh yang baharu sangat berbangga untuk meneruskan legasi Putera Philip dalam mempromosikan peluang kepada orang muda dari pelbagai latar belakang untuk mencapai keinginan mereka,” kata Istana Buckingham yang turut merujuk kepada isteri Edward, Sophie sebagai Duchess of Edinburgh.
Putera Philip memegang gelaran Duke of Edinburgh sejak bernikah dengan mendiang Ratu Elizabeth pada 1947 sehinggalah mendiang meninggal dunia pada 2021.
Ratu Elizabeth pula menghembuskan nafas terakhir pada 9 September 2022 pada usia 96 tahun.
Agensi
Fri Mar 10 2023

Putera Edward dinamakan sebagai Duke of Edinburgh, sekali gus menyerahkan gelaran yang pernah disandang mendiang ayahandanya, Putera Philip. - Gambar fail REUTERS

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Raja Charles namakan Putera Edward sebagai Duke of Edinburgh
Duke of Edinburgh pernah disandang oleh mendiang Putera Philip.

Putera Edward dijadual lawat Malaysia 10 September ini
Kerabat diraja Britain, Putera Edward dijangka tiba di Malaysia pada 10 September ini bagi melakukan lawatan kerja selama dua hari.