RAJA Thailand Maha Vajiralongkorn dilaporkan sudah memberikan pengampunan ke atas bekas peneman dirajanya, Sineenat Wongvajirapakdi dan menerbangkannya ke Jerman untuk menyertai semula barisan gundik diraja.
Lapor portal berita Bild, sejak penularan wabak COVID-19, Raja Thailand itu telah menghabiskan waktunya di hotel bertaraf empat bintang di Jerman bersama pasukan tentera serta ditemani oleh barisan peneman diraja itu.
Difahamkan, Raja Rama X itu telah hadir sendiri ke Lapangan Terbang Munich bagi menjemput bekas gundiknya itu.
Sebelum ini, Sineenat dianugerahkan gelaran peneman diraja yang juga dikenali sebagai Koi Wongvajirapakdi dan ia diberikan raja berkenaan kepadanya pada Hari Keputeraan Raja berkenaan yang ke-67 pada Julai tahun lalu.
Ia merupakan gelaran pertama yang dianugerahkan kepada peneman diraja sejak kerabat diraja Thailand itu memimpin negara serta mengahwini isteri keempat, Permaisuri Suthida pada awal 2019.
Sineenat merupakan tentera udara yang berkhidmat untuk pasukan tentera diraja dan turut menyandang jawatan peneman diraja dengan gelaran pangkat 'Major General'.
Malah, ketika majlis kemahkotaan raja berkenaan yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut, Sineenat juga dilihat berbaris dengan lengkap berpakaian seragam tentera di perarakan yang berjalan dari istana ke beberapa kuil Buddha.
Bagaimanapun, kesemua gelaran dan anugerah yang dikurniakan kepada Sineenat dilucutkan atas dakwaan salah laku kerana ‘bercita-cita tinggi’ untuk menyamai kedudukan Permaisuri Thailand.
Tindakannya itu dikatakan telah mencemarkan institusi diraja kerana ‘tidak memberi penghormatan kepada raja dan tidak memahami tradisi kerajaan’, kata satu kenyataan diraja.
Agensi
Tue Sep 01 2020

Gambar fail Raja Thailand Maha Vajiralongkorn bersama Sineenatra Wongvajirabhakdi. Baginda dilaporkan sudah memberikan pengampunan ke atas bekas peneman dirajanya, - Foto Thailand Royal Office via AP

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Raja Thailand bebaskan bekas peneman diraja dari penjara
Raja Thailand Maha Vajiralongkorn kini dilaporkan sudah memberikan pengampunan ke atas bekas peneman dirajanya, Sineenat Wongvajirapakdi dan menerbangkannya ke Jerman untuk menyertai semula barisan gu