KUALA LUMPUR:Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dilaporkan sebagai raja paling kaya di dunia mengatasi Raja Arab Saudi, Sultan Brunei dan keluarga diraja Britain.
Bukan sahaja mempunyai kekayaan luar biasa, bahkan Vajiralongkorn juga sangat masyhur dengan gaya hidupnya yang sentiasa mencetus kegelisahan rakyat.
Vajiralongkorn berkahwin sebanyak empat kali dan dalam masa sama mempunyai seorang gundik serta didakwa gemar menghabiskan masa di Jerman berbanding berada di tanah air.
Menurut penganalisis, kekayaan Vajiralongkorn dianggarkan bernilai AS$30 bilion (RM128 bilion) hingga AS$60 bilion (RM257 bilion) merangkumi pemilikan hartanah dan pelaburan di syarikat utama dunia.
Sementara itu, pelaburan terbesar Biro Hartanah Diraja (CPB) menerusi Siam Commercial Bank dan Siam Cement Group, baginda menguasai 34 peratus saham dengan kedua-duanya bernilai AS$8 bilion (RM33 bilion) pada akhir tahun lalu.
Laporan turut menyebut, pada 2019, dividen daripada kedua-dua pelaburan itu sudah mampu memberikan pulangan sejumlah AS$342 juta (RM1.41 bilion) kepada Vajiralongkorn.
BACA: Raja Thailand bebaskan bekas peneman diraja dari penjara
Sementara itu, pada 2017, kerajaan Thailand meluluskan satu undang-undang baharu yang memberi Vajiralongkorn penguasaan penuh terhadap aset diraja bagi membolehkan pemilikan harta yang sebelum ini diletakkan di bawah CPB dipindahkan kepada raja berkenaan.
Undang-undang itu dianggap langkah awal Vajiralongkorn untuk meluaskan kuasanya dan mewarisi peninggalan harta susulan kematian bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada 2016.
Ekoran kekayaan baginda menyebabkan rakyat Thailand mempersoalkan sumber kekayaan raja berusia 68 tahun itu.
Kemarahan itu juga menyebabkan rakyat mengadakan demostrasi menuntut penjelasan bagaimana pewaris monarki itu mengumpul kekayaan sebanyak itu.
Selain itu, rakyat juga mahukan berlaku perubahan dalam sistem monarki di Thailand termasuk berhubung pembiayaan kehidupan mewah yang disifatkan luar biasa.
BACA: Raja Vajiralongkorn secara rasmi ditabal sebagai Raja Thailand
BACA: Siapa Raja Vajiralongkorn, Raja Rama X Dinasti Chakri?
Astro Awani
Sat Nov 07 2020

Vajiralongkorn yang berkahwin empat kali dan mempunyai seorang gundik diraja dikatakan gemar menghabiskan masa di Jerman berbanding berada di Thailand. - Gambar fail REUTERS
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Raja Thailand perkenan kabinet baharu PM Paetongtarn
Baginda melantik 35 menteri kabinet yang dipilih oleh Paetongtarn, termasuk enam timbalan perdana menteri serta menteri lain, selepas diperkenan sebagai perdana menteri baharu.

Thaksin Shinawatra tidak risau tentang pertuduhan kes jenayah terhadapnya
Thaksin dan penyokongnya berpegang teguh kepada pendapat mereka bahawa kesemua pertuduhan terhadapnya adalah bermotifkan politik.

Raja Thailand perkenan Paetongtarn Shinawatra sebagai perdana menteri
Paetongtarn, 37, menerima perkenan diraja secara bertulis daripada Raja Maha Vajiralongkorn dalam satu majlis di ibu pejabat Pheu Thai pada pagi Ahad, dua hari selepas dipilih oleh parlimen.

Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin kepada setahun
Raja Maha Vajiralongkorn perkenan mengurangkan hukuman penjara Thaksin Shinawatra daripada lapan tahun kepada setahun.

Akademi Diraja Chulabhorn Thailand akan beli vaksin COVID-19 alternatif
Pengumuman di Royal Gazette pada Selasa ditandatangani oleh adik bongsu Raja Maha Vajiralongkorn, Puteri Chulabhorn.

Raja Thailand panggil ulama Islam doa 'tolak COVID-19', tular tapi tidak benar
Video itu sebenarnya menunjukkan Raja Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthida mempengerusikan pertandingan membaca al-Quran tahunan pada tahun 2020.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Raja Thailand paling kaya di dunia, mengatasi Raja Arab Saudi, Sultan Brunei
Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dilaporkan sebagai pemerintah paling kaya di dunia, mengatasi Raja Arab Saudi, Sultan Brunei dan keluarga diraja Britain.

Protes Thailand: Siapa pilihan Berlin... pro demokasi atau pro monarki?
Usaha penunjuk perasaan di Bangkok memperjuangkan demokrasi diteruskan apabila mereka berarak ke konsulat Jerman, malam Isnin.

Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Bangkok selepas PM enggan letak jawatan
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di jalan raya di Bangkok selepas Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengabaikan permintaan mereka.