ISTANBUL: Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn, pada Isnin berkenan merasmikan sesi Parlimen baharu yang akan melantik perdana menteri baharu dan membentuk kerajaan pada Selasa.
Vajiralongkorn memberitahu Ahli-Ahli Parlimen yang baru dipilih: "Bagaimana negara ini akan maju bergantung kepada kebajikan, kebijaksanaan, kebolehan, kejujuran, dan kesucian dalam tugas anda yang mengutamakan kepentingan negara dan orang ramai," Agensi Anadolu memetik Bangkok Post.
Beliau menggesa Ahli-Ahli Parlimen agar sentiasa ingat bahawa mereka berkhidmat sebagai wakil rakyat di seluruh negara.
Parti Move Forward merupakan anggota utama dalam gabungan lapan parti - dengan memenangi 313 kerusi - menandatangani perjanjian bagi membentuk agenda bersama dalam usaha membentuk kerajaan seterusnya selepas memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya umum pada 14 Mei.
Parti-parti lain dalam gabungan itu adalah Pheu Thai, Thai Sang Thai, Prachachat, Seri Ruam Thai, Pheu Thai Ruam Palang, Parti FAIR, dan Plung Sungkom Mai.
Satu memorandum persefahaman di antara lapan parti yang diketuai oleh MFP menetapkan matlamat penting, termasuk reformasi perlembagaan, pengiktirafan perkahwinan sejenis, membina keamanan mampan di wilayah sempadan selatan, dan penambahbaikan sistem kehakiman demi memastikan keadilan dan ketelusan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023

Vajiralongkorn menggesa Ahli-Ahli Parlimen agar sentiasa ingat bahawa mereka berkhidmat sebagai wakil rakyat di seluruh negara. - Gambar fail/AP

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Raja Thailand rasmi sidang Parlimen untuk pilih perdana menteri baharu
Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn, pada Isnin berkenan merasmikan sesi Parlimen baharu yang akan melantik perdana menteri baharu dan membentuk kerajaan pada Selasa.