JAKARTA: Rakyat Indonesia yang beragama Islam pada Isnin menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh gembira dan rasa syukur selepas pemerintah membenarkan mereka pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing.
Buat pertama kali sejak wabak COVID-19 melanda pada 2020, tahun ini mereka bebas merayakan Aidilfitri dalam suasana riang sekali gus menyambung tradisi bermaaf-maafan sesama ahli keluarga di pagi raya.
Menyedari detik itu suatu yang sangat bermakna, Presiden Joko Widodo, dalam ucapan beliau menzahirkan rasa syukur kerana masyarakat telah dibenarkan berkumpul dengan ibu bapa, keluarga dan sanak saudara.
Ditayangkan di YouTube Sekretariat Kabinet, beliau dan isteri turut memohon maaf zahir dan batin. Joko Widodo, yang popular dengan panggilan Jokowi, menunaikan sembahyang Aidilfitri di Yogyakarta.
Di sebalik keriuhan di luar kota, kota raya Jakarta yang kebiasaanya hiruk pikuk dengan aktiviti masyarakat dan kesesakan lalulintas bertukar sepi selepas sebahagian besar penduduk pulang ke kampung.
Sambutan Hari Raya di sini bermula sejak Ahad malam apabila jemaah di setiap masjid dan surau melaungkan takbir berselang seli dengan bunyi mercun.
Pukul 7.00 pagi waktu Indonesia barat, naib presiden Ma'ruf Amin dan pemimpin kerajaan menyertai umat Islam bersembahyang di Masjid Istiqlal yang dibenarkan menampung kira-kira 100,000 jemaah.
Pemerintah bagaimanapun terus mengingatkan masyarakat agar sentiasa waspada, memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan dengan sabun dan menjaga jarak termasuk ketika beribadah di masjid.
Sementara itu, rakyat Malaysia di Jakarta menunaikan sembahyang di Dewan Serbaguna Kedutaan Malaysia di Kuningan, diimamkan atase agama Ustaz Muhammad Naqzrul Azraf Mhd Nazarludin diikuti sesi bermaafan.
Kira-kira 200 orang lengkap berpakaian baju Melayu bersampin songket dan baju kurung berwarna warni menikmati jamuan tradisional Malaysia seperti lemang dan rendang, kuih serta teh tarik.
Di majlis itu, Education Malaysia Indonesia, Kementerian Pengajian Tinggi di bawah flagship EM4U@Care turut mengagihkan barang makanan kepada 100 pelajar Malaysia di sekitar Jakarta dan kanak-kanak sumbangan Malaysian Airlines dan pengeluar produk masakan iaitu Adabi.
Barang-barang disampaikan Menteri Penasihat Juraida Abd Jamil dan Penasihat Pendidikan Mohd Mubarak Shamsuddin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 02 2022

Pemerintah terus mengingatkan masyarakat agar sentiasa waspada, memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan dengan sabun dan menjaga jarak termasuk ketika beribadah di masjid. - Bernama

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.

Aidiladha disambut meriah seluruh negara, pemimpin utama sertai rakyat tunai solat sunat
Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi jemaah yang termasuk pemimpin serta ketua-ketua negeri.

Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.

Pengorbanan raya Harimau Muda
Tonggak pertahanan B-23 negara, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili berkata, pemain sedia berkorban demi negara selain sudah biasa beraya bersama pasukan di perantauan.

Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidilfitri esok
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

Raya bersama 'si bulus', prihatin keperluan elak panik
Aspek persiapan kucing juga harus menitikberatkan kepada keadaan kucing selepas kembali pulang ke rumah, pasca hari raya.

Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.

RM500 jumlah ideal perbelanjaan raya seorang lelaki - Presiden BESS
Seorang lelaki wajar berbelanja sehingga RM500 untuk kelengkapan hari raya.

Op Khas HRA 2024: JPJ keluarkan 14,683 notis pelbagai kesalahan
Sebanyak 7,785 notis membabitkan motosikal yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya ditetapkan.

Tiada 'bonus raya' bagi penjawat awam Kelantan
Bantuan khas kewangan RM2,000 yang diberi oleh Menteri Besar kepada penjawat awam pada November lepas dianggap sebagai 'bonus raya'.

Kerajaan pertimbang beri bonus raya kepada penjawat awam - PM
Kerajaan juga dalam penelitian pelarasan skim persaraan penjawat awam yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.