KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menetap di Korea Selatan diingatkan supaya sentiasa berwaspada susulan latihan pertahanan awam di seluruh negara dijadual berlangsung pada Rabu jam 2 petang waktu tempatan.
Latihan yang akan berlangsung selama 20 minit itu adalah sebahagian daripada persediaan untuk menghadapi kemungkinan serangan udara.
Kedutaan Malaysia di Seoul, dalam satu kenyataan yang dikongsi melalui X (dahulunya Twitter), menggesa rakyat Malaysia untuk mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan sepanjang latihan itu.
Latihan akan dimulakan dengan amaran serangan udara dan diakhiri dengan siren menandakan latihan tamat pada 2.20 petang.
"Susulan amaran serangan udara itu, pihak berkuasa akan menyekat pergerakan penduduk dan operasi kenderaan selama kira-kira 15 minit," menurut kenyataan itu.
Latihan itu tidak menandakan kejadian kecemasan sebenar. Bagaimanapun, kerjasama dengan pihak berkuasa amat diperlukan, termasuk sentiasa peka siaran media tempatan, seperti televisyen dan radio.
"Jika diarahkan oleh pihak berkuasa, pemandu hendaklah meletakkan kereta atau berhenti di tepi jalan mengikut arahan polis.
"Jika diarahkan oleh pihak berkuasa, pejalan kaki perlu berpindah ke kawasan perlindungan atau tempat perlindungan bawah tanah terdekat. Apabila tiba di pusat perlindungan, ikut arahan kakitangan kecemasan," menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut mengenai lokasi latihan dan tempat perlindungan boleh didapati melalui laman sesawang Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan di https://www.mois.go.kr/eng/a01/engMain.do atau dengan memuat turun Aplikasi Sedia Kecemasan (https:/ /agent.safekorea.go.kr/idsiSCH/era_pop.jsp).
Sekiranya berlaku kecemasan, pihak kedutaan boleh dihubungi melalui nombor +8210 8974 8699 atau e-mel, [email protected], menurut kenyataan itu.
Khamis lalu, Kementerian Pentadbiran Awam dan Keselamatan Korea Selatan mengumumkan bahawa latihan pertahanan awam sebagai persediaan serangan udara akan berlangsung selama 20 minit, dan orang awam akan dipindahkan ke tempat yang selamat.
Sebanyak 57 kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana khas akibat hujan lebat pada Julai dan Taufan Khanun akan dikecualikan daripada latihan itu - kali pertama dalam tempoh enam tahun, menurut media antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
![Rakyat Malaysia di Korea Selatan diingat berwaspada latihan serangan udara Rakyat Malaysia di Korea Selatan diingat berwaspada latihan serangan udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692695900_VirusOutbreakSouth.jpg)
Korea Selatan mengumumkan bahawa latihan pertahanan awam sebagai persediaan serangan udara akan berlangsung selama 20 minit, dan orang awam akan dipindahkan ke tempat yang selamat. - Gambar fail/ AP
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738567746_Leejoosil.jpg)
Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia
Seorang bintang veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil, meninggal dunia pada usia 81 tahun.
![Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738470245_VirusOutbreakSouth.jpg)
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
![Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698831714_GenericBaby.jpg)
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
![ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737287240_YuInchon.jpg)
ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan
Malaysia dan Korea Selatan terus mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua negara dalam mempererat hubungan dua hala melalui pelancongan.
![Penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah di Seoul Penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah di Seoul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737257661_YoonSukYeol.jpg)
Penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah di Seoul
Puluhan penunjuk perasaan menyerbu sebuah bangunan mahkamah di Seoul awal pagi ahad selepas Mahkamah melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
![Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735206198_koreaselatanahli.jpg)
Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan
Moody's Ratings menyatakan bahawa kesan ketidakstabilan politik terhadap ekonomi Korea Selatan setakat ini masih terhad.
![Tiada pergaduhan dalam cubaan tahan Yoon - Ketua Keselamatan Presiden Korea Selatan Tiada pergaduhan dalam cubaan tahan Yoon - Ketua Keselamatan Presiden Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736243464_tbProYoonprotester.jpg)
Tiada pergaduhan dalam cubaan tahan Yoon - Ketua Keselamatan Presiden Korea Selatan
Ketua Perkhidmatan Keselamatan Presiden Korea Selatan (PSS) menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menahan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol tidak seharusnya mengakibatkan pergaduhan.
![Petronas Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin lolos ke suku akhir Petronas Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin lolos ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736416678_TBBADMINTON.jpg)
Petronas Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin lolos ke suku akhir
Beregu profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, membawa cabaran negara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
![Presiden Yoon akan beri keterangan semasa perbicaraan - Peguam Presiden Yoon akan beri keterangan semasa perbicaraan - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736067081_YoonSukYeol.jpg)
Presiden Yoon akan beri keterangan semasa perbicaraan - Peguam
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol merancang untuk memberi keterangan semasa perbicaraan kesnya di Mahkamah Perlembagaan.
![Korea Selatan siapkan transkrip rakaman kokpit daripada pesawat malang Jeju Air Korea Selatan siapkan transkrip rakaman kokpit daripada pesawat malang Jeju Air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735887761_JejuAiraircraft.jpg)
Korea Selatan siapkan transkrip rakaman kokpit daripada pesawat malang Jeju Air
Rakaman itu berpotensi memberikan petunjuk mengenai detik terakhir sebelum nahas, namun kementerian memaklumkan ia tidak akan didedahkan kepada umum sehingga siasatan selesai.