Rakyat Malaysia yang berkunjung atau melancong ke Qatar akan dikecualikan daripada bayaran visa tidak lama lagi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata persetujuan rasmi ini diberikan secara peribadi oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al Thani selepas perkara itu dibangkitkan pada pertemuan mereka di sini.
"Ini merupakan satu keputusan baharu yang tercapai dan dipersetujui bersama oleh kerajaan Qatar," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari ke Qatar, malam tadi.
Menurutnya, persetujuan ini akan berkuat kuasa segera selepas Duta Besar Malaysia di Qatar, Datuk Ahmad Jazri Mohd Johar membuat tindakan susulan dengan kerajaan Qatar.
Beliau berkata selain itu rakyat Malaysia juga diberikan kemudahan visa ketibaan (VOA) dan mereka boleh menetap di Qatar selama 60 hari dan tambahan 30 hari lagi jika ada permohonan lanjutan secara percuma.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kerajaan Qatar bersetuju mengecualikan caj visa VOA sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan atas sumbangan rakyat Malaysia yang banyak bekerja dalam bidang profesional dan teknikal di sini.
Katanya, langkah pengecualian bayaran visa itu juga bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pelancong Malaysia untuk datang ke Qatar pada masa depan.
Katanya, jemaah Malaysia yang ingin menunaikan ibadah umrah dan ziarah di tanah suci boleh mengambil kesempatan ini untuk singgah sebentar di Qatar semasa dalam perjalanan pergi atau balik daripada Mekah atau Madinah.
Pada masa ini, rakyat Malaysia dikenakan bayaran visa sebanyak 100 Riyal Qatar (RM121.70) untuk tempoh kemasukan selama 30 hari dan turut dikenakan jumlah bayaran sama bagi lanjutan 30 hari lagi jika ada permohonan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2017

Kerajaan Qatar bersetuju mengecualikan caj visa VOA sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan atas sumbangan rakyat Malaysia. - Gambar fail
Eda Ezrin 'Bae Soba Bae' yakin akan dibebaskan
Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail peRcaya dia akan dibebas dari Penjara Wilayah Narathiwat tidak lama lagi.

Perlis laksana waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan
Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 26 Feb lepas bagi menjaga kebajikan penjawat awam di Perlis.
DUN Ayer Kuning: Perak serah notis kekosongan kepada SPR
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserahkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat.
Ramadan: Kakitangan kerajaan Perlis nikmati waktu kerja anjal
Semua kakitangan Kerajaan Negeri Perlis akan menikmati jadual waktu kerja anjal dari Isnin hingga Khamis, manakala Jumaat bekerja separuh hari sepanjang Ramadan ini.

Kementerian pandang serius kewujudan akaun palsu - Teo Nie Ching
Kementerian Komunikasi memandang serius kewujudan akaun media sosial palsu yang semakin berleluasa di negara ini.

Undang-undang pengamal perubatan tradisional tidak berdaftar berkuat kuasa esok
Ini berikutan fasa dua penguatkuasaan akta itu yang bermula 1 Mac 2021 untuk pengamal perubatan tradisional berdaftar dengan KKM, tamat hari ini.

Agenda Bumiputera perlu berterusan, dekat dengan PM - Noor Azlan
Noor Azlan tekankan agenda Bumiputera mesti berterusan dan dilaksana secara tersusun agar tidak jadi isu sementara yang dilupakan.
AWANI Ringkas: Penyanyi 'Bae Soba Bae' yakin dibebaskan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pengiktirafan halal, luaskan pasaran produk Baba’s
Pengiktirafan sijil halal ke atas produk Baba's bukan sahaja meningkatkan kepercayaan pengguna tetapi turut membuka peluang lebih luas bagi syarikat itu meneroka pasaran baharu.

Tiada siasatan kartel beras dibuka - MyCC
Iskandar berkata, menteri telah menyatakan di Parlimen bahawa tidak timbul isu atau amalan persekongkolan bidaan dalam industri beras dan padi negara.

PRK Ayer Kuning: UMNO ketengah calon miliki ciri 'WALI' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid akan berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan.

Sebanyak RM22 bilion laksana projek RTB di seluruh negara - Ahmad Zahid
Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah banjir dengan memperuntukkan RM22 bilion untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.