PERKONGSIAN video senamrobik atau zumba di media sosial menjadi kelaziman ketika ini, tatkala ramai yang cuba mengamalkan gaya hidup sihat disebalik pandemik COVID-19.
Namun, tular sejak semalam video aktiviti senamrobik seorang wanita di kawasan perkarangan menuju ke bangunan Parlimen Myanmar.
Dia yang telah menjadikan kawasan tersebut sebagai aktiviti rutinnya sejak tiga bulan lalu dilihat asyik bersenam dengan diiringi lagu popular Ampun Bang Jago.
Dikenali sebagai Khing Hnin Wai, guru pendidikan jasmani itu berkenaan berkongsi videonya sedang menari dalam akaun media sosialnya sehingga menarik perhatian ramai orang.
Video berkenaan yang menjadi tular menyebabkan portal berita New York Post turut melaporkannya.
Apa yang menyebabkan video itu semakin tular adalah apabila wanita itu dilihat tidak menyedari kehadiran gerombolan kenderaan tentera yang memasuki bangunan Parlimen Myanmar.
Kejadian dilaporkan berlaku semalam semasa proses rampasan kuasa tentera berlaku pada Isnin.
Junta tentera Myanmar telah menguasai negara itu dan mengisytiharkan darurat selama setahun, menurut pengumuman Pejabat Presiden Myanmar menerusi Irrawaddy TV, stesen penyiaran milik tentera.
BACA: Rampasan kuasa: Tentera Myanmar isytihar darurat satu tahun
Astro Awani
Tue Feb 02 2021
Khing Hnin Wai yang juga guru pendidikan jasmani berkongsi videonya sedang melakukan senamrobik tanpa menyedari di belakangnya ada konvoi askar sedang melakukan rampasan kuasa. - Foto Twitter Khing Hnin Wai
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Ralit senamrobik lagu 'Ampun Bang Jago', wanita tidak sedar di belakangnya konvoi askar Myanmar rampas kuasa
Khing Hnin Wai berkongsi videonya sedang menari dalam akaun media sosialnya sehingga menarik perhatian ramai orang.