GAZA: Ramai penduduk awam, termasuk kanak-kanak dan wanita, dikhuatiri terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Sekolah Al-Fakhura yang diuruskan oleh UNRWA di kem pelarian Jabalia, utara Semenanjung Gaza, menurut pihak perubatan.
Sekolah itu telah digunakan sebagai tempat perlindungan bagi beratus-ratus keluarga yang dipindahkan akibat keganasan Israel di Gaza, kata laporan agensi berita Palestin WAFA.
Serangan Israel yang kejam itu mengakibatkan pembunuhan puluhan orang, dengan majoriti daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita, kata WAFA dalam laporannya. Laporan awal oleh Al Jazeera menyatakan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam serangan itu.
Menurut pihak perubatan, puluhan mangsa serangan Israel yang kejam itu telah dihantar ke Hospital Indonesia di utara Gaza, yang beroperasi pada kapasiti maksimum kerana kebanyakan hospital di utara Gaza tidak dapat beroperasi akibat keganasan Israel.
Sebelum ini Sekolah Al-Fakhura juga menjadi sasaran langsung serangan udara Israel pada 4 Nov, di mana sekurang-kurangnya 12 orang awam kehilangan nyawa mereka dan 54 orang lain cedera.
Keganasan Israel di Gaza tidak berhenti sejak permulaan konflik pada 7 Okt. Sekolah, hospital, institusi pendidikan, masjid, serta harta awam dan peribadi berterusan menjadi sasaran serangan bom Israel.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2023

Ramai penduduk awam, termasuk kanak-kanak dan wanita, dikhuatiri terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Sekolah Al-Fakhura yang diuruskan oleh UNRWA di kem pelarian Jabalia, utara Semenanjung Gaza. - Gambar fail/REUTERS

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.

12 paramedik, sukarelawan terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan
Serangan udara Israel ke atas beberapa bandar di daerah Tyre, selatan Lubnan pada Sabtu mengorbankan 12 paramedik dan sukarelawan.

Israel bedil bangunan bersejarah di timur Lubnan
Gabenor Baalbek-Hermel Bachir Khodr memberitahu Agensi Anadolu bahawa serangan itu menyebabkan kemusnahan bangunan bersejarah Manshieh.

Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera serangan udara Israel di Jabalia, utara Gaza
Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kira-kira 10 rumah di Jabalia, utara Gaza, yang pengepungan bermula 20 hari lepas.

5 anggota Perkhidmatan Pertahanan Awam Lubnan terbunuh dalam serangan Israel
Ketika serangan berlaku, kesemua mangsa sedang menerima panggilan kecemasan di Pusat Pertahanan Awam di bandar Dardghaya.

Hashem Safieddine, senasib Nasrallah?
Keberadaan Hashem Safieddine mencetuskan tanda tanya sejak Jumaat lalu setelah kempen pengeboman rejim Zionis di pinggir Beirut didakwa menyasarkan beliau.

Israel lancar serangan baharu ke atas Lubnan, sasar infrastruktur penting
Pasukan Israel meneruskan pencerobohan mereka terhadap Lubnan awal Jumaat, menyerang daerah selatan Beirut dan pelbagai wilayah lain.

Penurunan signifikan pergerakan penumpang di lapangan terbang Beirut
Empat belas syarikat penerbangan telah menghentikan penerbangan ke Lubnan, kata Jean Abboud.

40 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
Sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh, termasuk lima kanak-kanak dalam serangan udara Israel di seluruh Gaza sejak pagi Isnin.

Setiausaha Agung PBB kecam serangan udara Israel ke atas sekolah di Gaza
Guterres mengulangi rayuan bagi gencatan senjata segera dan pembebasan tanpa syarat semua tawanan.