SEORANG wanita maut selepas rambutnya tersangkut di bahagian roda go-kart sehingga merobek kulit kepalanya di sebuah taman hiburan Aqua Village, di India, pada Rabu.
Puneet Kaur yang berusia 28 tahun, pada ketika kejadian sedang melawat taman tersebut bersama suami, dua anak lelakinya dan ahli keluarga lain.
Memetik sumber agensi, polis memaklumkan keluarga itu sedang bercuti dan melawat Timber Trail di Parwanoo sebelum tiba di Kharar pada malam selasa.
"Dalam perjalanan pulang, keluarga itu telah memutuskan untuk membuat lawatan di taman hiburan tersebut.
"Difahamkan keluarga itu menempah empat buah go-kart untuk enam ahli keluarga; termasuk Puneet yang menaiki go-kart bersama suaminya, manakala anaknya bersama neneknya.
"Selepas pusingan pertama trek, rambutnya terperangkap," kata jurucakap polis.
Susulan kejadian mangsa yang dalam keadaan kritikal telah dibawa ke hospital berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia.
Polis menerima panggilan kira-kira 5.30 petang oleh Hospital Panchkula.
"Ahli keluarga mangsa masih belum memberi sebarang kenyataan, dan kami akan melakukan siasatan.
"Bedah siasat akan dijalankan pada Khamis ini," kata polis.
Agensi
Fri Feb 16 2018

Maut selepas rambutnya tersangkut di bahagian roda go-kart sehingga merobek kulit kepalanya di sebuah taman hiburan Aqua Village, di India,

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.
Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Inflasi global menekan ekonomi dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Singapura. Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan cabaran ini melangkaui GST, didorong oleh ketidaktentuan global, sementara Bajet 2025 memperkenalkan langkah tambahan, termasuk Pakej SG60, untuk meringankan beban dan mempersiapkan negara menghadapi masa depan yang mencabar.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

Rambut tersangkut di roda go-kart, kulit kepala robek hingga bawa maut
Keputusan untuk singgah ke sebuah taman tema hiburan bertukar menjadi pengalaman ngeri bagi sebuah keluarga.

Tragedi go-kart di Kuantan: Litar perlumbaan ditukar sebanyak tiga kali
Menurut sumber Persatuan Automobil Malaysia (MAM), litar asal yang diluluskan bagi perlumbaan itu ialah Stadium Hoki di Wisma Belia, Indera Mahkota.