PERTUBUHAN Pembebasan Palestin (PLO) mengesyorkan supaya rancangan Asia Barat oleh Amerika Syarikat (AS) ditangguhkan selepas kekalahan Presiden Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden 3 November lepas.
Perkara itu dinyatakan pegawai kanan PLO, Hanan Ashrawi.
Beliau berkata memandangkan Pemilihan Presiden dimenangi calon Demokrat Joe Biden, usaha sebelum ini yang digerakkan Trump menerusi rancangan Asia Barat perlu ditangguhkan.
"Tetapi apa yang perlu kita lakukan adalah tidak hanya melakukan kawalan kerosakan.
"Hentikan kerosakan, menghapuskan pelan Trump yang disebut Perjanjian Abad ini dari meja rundingan.
“Lakukan semua langkah yang boleh dilakukan, terutama sekali sejak ada tindakan yang merupakan keputusan eksekutif yang boleh dibatalkan.
“Kemudian, mulakan dialog sebenar dengan rakyat Palestin dan dipersetujui bersama sebagai langkah untuk maju ke hadapan,” katanya.
Selepas menjadi Presiden, Trump menarik keluar Amerika Syarikat daripada perjanjian nuklear Iran yang mendapat pujian Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Trump juga mengisytiharkan hadiah diplomatik tambahan kepada Netanyahu termasuk Baitulmuqaddis dijadikan ibu kota Israel.
Langkah itu seiring dengan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke Baitulmuqaddis menyebabkan Palestin bertindak memutuskan hubungan dengan Amerika.
Bakal Presiden, Biden menyatakan beliau tidak akan memindahkan kedutaan kembali ke Tel Aviv namun memberi isyarat bahawa beliau akan mengambil pendekatan yang lebih adil terhadap Iran dan Palestin.
Kepimpinan Palestin menghentikan hubungan dengan pentadbiran Trump pada 2017 dengan menutup pejabat PLO di Washington.
Awal tahun ini, pihak berkuasa Palestin memutuskan semua hubungan dengan Israel dan Amerika Syarikat selepas pentabdiran Trump membatalkan rancangan damai Asia Barat.
Ini termasuk memberi lampu hijau Israel merampas 30 peratus wilayah tebing barat yang merupakan kawasan penting Palestin untuk mencapai status sebuah negara.
Sementara itu, Ashrawi turut memberi gambaran selama empat tahun pentadbiran Trump di Rumah Putih adalah satu trauma kepada Palestin dan hak asasi mereka.
Agensi
Mon Nov 09 2020

Hanan Ashrawi berkata yang digerakkan Trump menerusi rancangan Asia Barat perlu ditangguhkan. -Gambar hiasan

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump kenakan tarif ke atas kereta, cip dan farmaseutikal 'dalam sebulan atau lebih awal'
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu, beliau akan mengumumkan pelbagai tarif "dalam tempoh sebulan atau lebih awal".

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.

Trump: “Kami berharap gencatan senjata dapat dilaksanakan segera” di Ukraine
Presiden Amerika Syarikat turut menekankan keperluan dialog antara kedua-dua pihak bagi menamatkan perang yang berlarutan.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.