"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan dalam satu kenyataan pada Rabu.
Trump mencadangkan pemindahan penduduk Gaza ketika beliau menerima kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House, pada Selasa.
Kenyataan beliau telah menimbulkan kebimbangan global dan ditolak keras oleh negara-negara lain, termasuk negara yang bersekutu dengan AS di rantau itu.
Afghanistan berkata "rancangan sedemikian bukan sahaja mencerminkan niat jahat rejim Zionis, tetapi juga mencetuskan kemarahan yang meluas dalam kalangan umat Islam" sambil menyebabkan ketidakstabilan serantau yang lebih meluas.
Kumpulan Palestin Hamas mengecam rancangan Trump sebagai "tidak masuk akal" dan "bermusuhan."
Israel telah membunuh hampir 70,000 rakyat Palestin sepanjang lebih 15 bulan perang genosidnya terhadap kawasan enklaf yang dihuni 2.3 juta orang itu.
-- BERNAMA