Ratu Elizabeth II, mengetuai majlis pengkebumian bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher, di Gereja St Paul Cathedral.
Beribu-ribu individu terkemuka seluruh dunia memberi penghormatan terakhir kepada mendiang yang merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat.
Pengkebumian ini dijalankan dengan penuh upacara ketenteraan dan antara yang terbesar selepas majlis pengkebumian Ratu Elizabeth I pada 2002.
Sebelum itu, keranda Thatcher yang ditutup dengan bendera Union Jack telah dibawa dengan kereta kuda dengan diiringi anggota tentera.
Perjalanan bermula dari Gereja St Mary Undercroft di Palace Of Westminster melintasi bangunan parlimen ke The Strand.
Keranda mendiang juga melalui jalan-jalan utama untuk membolehkan warga Britain memberi penghormatan terakhir.
Majlis pengkebumian ini turut dihadiri pemimpin negara iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mayat mendiang Thatcher kemudian di bawa ke hospital disemadikan di kawasan perkuburan persendirian di barat daya London.
Thatcher, Perdana Menteri dari parti konservatif sejak 1979 ke 1990 meninggal dunia akibat Angin Ahmar 8 April lalu iatu pada usia 87 tahun.
Agensi
Wed Apr 17 2013
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Ratu Elizabeth II ketuai majlis pengkebumian Thatcher
Ratu Elizabeth II, mengetuai majlis pengkebumian bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher, di Gereja St Paul Cathedral.