SOFIA: Mack Rutherford, 17, mendarat di sini pada Rabu selepas memecahkan rekod dunia sebagai juruterbang termuda terbang solo ke seluruh dunia.
Pencapaiannya mendapat pengiktirafan Guinness World Records, yang memberikannya dua sijil sejurus selepas mendarat: individu termuda (lelaki) mengelilingi dunia dengan pesawat secara solo, dan individu termuda (lelaki) mengelilingi dunia dalam pesawat ringan mikro secara solo.
Rutherford berlepas dari Sofia pada 23 Mac lepas dan mendarat semula di sini selepas terbang melalui 52 negara dan mencatat kira-kira 250 jam masa penerbangan.
Beliau bermula dan menamatkan penerbangannya di Bulgaria kerana mendapat penajaan daripada syarikat Bulgaria ICDSoft.
"Perjalanan lima bulan dan hakikat bahawa saya berlepas dan kembali ke Bulgaria adalah "sangat menakjubkan", Rutherford memberitahu pemberita selepas mendarat.
"Saya sangat gembira. Ini satu perjalanan yang sangat menarik dan mengagumkan."
Terdapat beberapa saat "yang mencemaskan" sepanjang perjalanan itu, katanya, tetapi ia tidak melunturkan semangatnya.
Rutherford, seorang juruterbang Belgium-British, dilahirkan pada 21 Jun 2005, capai usia 17 tahun semasa perjalanan itu. Beliau menetap di Belgium.
"Saya bercita-cita mahu terbang sejak berumur 11 tahun, dan telah terbang ratusan jam bersama ayah saya, yang merupakan juruterbang profesional," katanya.
"Ketika saya berumur 15 tahun, saya menerima lesen juruterbang pesawat ringan mikro menjadikan saya pada masa itu juruterbang termuda di dunia. Sejak itu, saya juga telah melakukan dua penerbangan lintas Atlantik."
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022

Mack Rutherford, 17, memecahkan rekod dunia sebagai juruterbang termuda terbang solo ke seluruh dunia. - Foto REUTERS

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Remaja 17 tahun catat rekod juruterbang termuda kelilingi dunia secara solo
Mack Rutherford, 17, mendarat di sini pada Rabu selepas memecahkan rekod dunia sebagai juruterbang termuda terbang solo ke seluruh dunia.