Seorang remaja nyaris maut apabila paru-parunya terjejas teruk akibat ketagihan melampau rokok elektronik atau 'vape'.
Adam Hergenreder, 18, dari Illinois, Amerika Syarikat (AS) menjadi pengguna tegar vape sejak 18 bulan lalu sebelum menghidap penyakit paru-paru dan dimasukkan ke hospital minggu lepas.
Adam yang dahulunya aktif bersukan kini terlantar di hospital setelah jangkitan menyebabkan paru-parunya berfungsi seperti pada individu berusia 70 tahun.
"Sangat menakutkan apabila memikirkan kesan vape kepada paru-paru saya.
"Saya mungkin tidak boleh bergusti lagi selepas ini kerana ia adalah sukan fizikal dan paru-paru saya mungkin tidak dapat bertahan," kata Adam yang merupakan seorang ahli gusti.
Namun selepas jatuh sakit, Adam sukar bernafas dan doktor memaklumkan yang dia mungkin tidak dapat bergusti lagi..
Menurut Adam, dia menyangka penggunaan rokok elektronik adalah selamat berbanding rokok biasa, namun sangkaannya meleset apabila ia sebaliknya telah menjejaskan kesihatannya.
Difahamkan, Adam merupakan pengguna produk vape yang mengandungi THC, bahan psikoaktif utama yang terdapat dalam kanabis.
Sementara itu, ibu Hergenreder memberitahu anak lelakinya mungkin meninggal dunia jika lewat dibawa ke hospital.
Pegawai kesihatan AS juga kini sedang menyiasat 450 kes penyakit paru-paru berkaitan vape di seluruh 33 negeri di negara itu. - Mirror
Astro Awani
Sat Sep 14 2019

menjadi pengguna tegar vape sejak 18 bulan lalu sebelum menghidap penyakit paru-paru dan dimasukkan ke hospital minggu lepas. -Gambar Mirror

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Nyaris maut kerana rokok elektronik, remaja saman syarikat pengeluar vape
Saman 85 halaman itu mendakwa syarikat pengendali vape itu dengan sengaja mensasarkan remaja seperti Adam untuk tujuan mengelirukan.

Remaja hidup dengan paru-paru 70 tahun akibat vape
Adam yang dahulunya aktif bersukan kini terlantar di hospital setelah jangkitan menyebabkan paru-parunya berfungsi seperti pada individu berusia 70 tahun.