ROM: Dinding Colosseum terkenal di Rom sekali lagi dicemari, kali ini oleh seorang pelancong remaja lelaki Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.
Remaja berusia 17 tahun itu didakwa mencalarkan batu bata di dalam amfiteater.
Menurut laporan itu, pelajar berkenaan ditahan oleh anggota keselamatan dan diiringi seorang guru.
Kejadian itu merupakan kes ketiga dalam tempoh beberapa minggu dan akan dikenakan denda.
Beberapa tahun lepas, seorang pelancong Rusia didenda sebanyak EUR20,000 (AS$22,442).
Jumaat lepas, seorang pelancong wanita dari Switzerland ditahan kerana menconteng huruf pertama namanya di dinding.
Pada penghujung Jun, seorang pemuda dari England menconteng namanya dan teman wanitanya di dinding yang telah mencetuskan kemarahan rakyat.
Lelaki berusia 31 tahun itu kemudian memohon maaf dengan alasan tidak mengetahui pentingnya monumen itu.
Mercu tanda Rom, yang berusia kira-kira 2,000 tahun itu merupakan antara tarikan pelancong paling popular di Itali dan dianggap sebagai simbol Kota Abadi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023

Mercu tanda Rom, yang berusia kira-kira 2,000 tahun itu merupakan antara tarikan pelancong paling popular di Itali dan dianggap sebagai simbol Kota Abadi. - Gambar fail/ AP

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Remaja Jerman pula ditahan calarkan dinding Colosseum
Dinding Colosseum terkenal di Rom sekali lagi dicemari, kali ini oleh seorang pelancong remaja lelaki Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.

Sultan Selangor anggap tindakan conteng mural pemimpin negara bermotif politik kebencian
Baginda bertitah, contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Yang di-Pertuan Agong, serta pemimpin kanan lain sebagai biadab.

Wanita jilat barang dalam pasar raya, barangan bernilai RM8,000 terpaksa dimusnahkan
Jurucakap polis berkata, ketika pasukannya tiba di pasar raya berkenaan, mereka diberitahu suspek meletakkan beberapa barangan kemas di atas tangan sebelum menjilatnya.

oBike dari Malaysia, Singapura diberi kepada kanak-kanak Myanmar secara percuma
Than Tun Win mengambil tindakan itu bagi memperbaiki kehidupan kanak-kanak tersebut dengan harapan dapat memudahkan mereka untuk mendapatkan akses pendidikan.