Seorang remaja dari China meninggal dunia beberapa hari selepas dihantar ke kem rawatan ketagihan internet, sekaligus mencetus pelbagai kritikan terhadap institusi tersebut.
Remaja berusia 18 tahun itu didakwa mengalami beberapa kecederaan dalam insiden yang berlaku di wilayah timur Anhui pada awal bulan ini.
Menurut ibu mangsa, Liu, anaknya dihantar ke kem rawatan tersebut berikutan ketagihan internet yang serius.
Pusat rawatan yang terletak di bandar Fuyang itu menggunakan kombinasi "bimbingan psikologi dan latihan kecergasan" untuk mengatasi masalah ketagihan internet dalam kalangan remaja.
Liu menghantar anaknya pada malam 3 Ogos. Dua hari kemudian, kedua ibu bapa mangsa dimaklumkan bahawa anak mereka telah dibawa ke hospital, di mana dia kemudian meninggal dunia.
Punca kematian remaja itu masih tidak diketahui. Laporan doktor bagaimanapun menunjukkan bahawa mangsa mengalami lebih daripada 20 kecederaan luaran, serta beberapa kecederaan dalaman.
"Tubuh anak saya dipenuhi parut… dia masih sihat semasa saya menghantarnya, bagaimana dia boleh meninggal dalam masa 48 jam?" kata Liu dalam akhbar Anhui Shangbao.
Penyiar CCTV negeri berkata pengarah pusat rawatan tersebut serta empat staf pengajar telah ditahan untuk membantu siasatan. Sementara itu, pihak berkuasa telah menutup kem itu untuk siasatan lanjut, lapor portal BBC.
Berikutan kejadian itu, rata-rata warga media mengecam pendekatan disiplin yang digunakan pusat rawatan tersebut, namun ada juga yang mengkritik ibu bapa remaja itu.
Seorang editor akhbar Mingguang Daily menyatakan bahawa 'sesetengah ibu bapa apabila berhadapan dengan masalah seperti ini, gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk mendidik, sebaliknya ingin mencari jalan mudah dengan menggunakan bantuan pihak ketiga'.
Kem rawatan ketagihan internet ala ketenteraan semakin bertambah di China berikutan isu ketagihan internet dalam kalangan remaja dipandang serius oleh pihak berkuasa negara itu.
Astro Awani
Mon Aug 14 2017
Pusat rawatan yang terletak di bandar Fuyang itu menggunakan kombinasi "bimbingan psikologi dan latihan kecergasan" untuk mengatasi masalah ketagihan internet dalam kalangan remaja. - Gambar fail
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Kerajaan Thai digesa runding pembebasan warga tempatan
Kerajaan Thailand digesa untuk segera runding pembebasan warga tempatan yang berada dalam tahanan Hamas.
Pemeriksaan telefon bimbit hanya terhadap individu disyaki, bukan secara rambang - KPN
Polis hanya akan melakukan pemeriksaan telefon bimbit terhadap individu disyaki dalam sesuatu siasatan kes.
Lima maut, 15 cedera ditikam dalam serangan rambang di China
Beberapa gambar dan video menunjukkan keadaan kucar-kacir di lokasi dengan mangsa yang maut dan cedera terbaring di jalanan mulai tular di media sosial.
COVID-19: China rekod 17 kes baharu, 1 kes tempatan
China merekodkan 17 kes baharu positif COVID-19 pada Rabu dengan satu daripadanya adalah kes penularan tempatan manakala 16 yang lain adalah kes import.
Campak 'syiling bertuah' ke enjin pesawat, lelaki didenda RM70,500
Sengaja cari masalah. Itu yang dapat dikatakan terhadap seorang lelaki warga China kerana tindakannya mencampak syiling yang kononnya bertuah ke enjin pesawat sebuah kapal terbang.
Remaja mati di kem rawatan ketagihan internet cetus pelbagai reaksi
Seorang remaja dari China meninggal dunia beberapa hari selepas dihantar ke kem rawatan ketagihan internet, sekaligus mencetus pelbagai kritikan terhadap institusi tersebut.
Ranhill mahu perluas sektor tenaga di Asia
Syarikat konglomerat Malaysia, Ranhill Holdings Berhad berhasrat meluaskan perniagaannya dalam sektor alam sekitar dan tenaga di Johor, Sabah, Thailand dan China.