Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, dilaporkan tidak boleh bercakap selepas menjadi mangsa noda sekumpulan 12 lelaki, selama lapan jam.
Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa sedang menunggu bas di Mahendragarh bagi menghadiri kursus apabila dia dipercayai diberikan minuman yang dimasukkan dadah oleh individu yang dikenalinya sebelum dilarikan.
Menurut laporan The Times of India, mangsa dibawa menaiki kereta ke sebuah rumah sebelum beberapa orang lelaki lagi tiba dan menodanya secara bergilir-gilir.
Setelah mengharungi derita selama lapan jam, mangsa dihantar semula ke perhentian bas dan salah seorang suspek kemudian menghubungi keluarga mangsa.
Mangsa lalu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan berikutan kecederaan di bahagian belakang badan, bahu serta alat sulitnya.
"Anak saya mengalami kesakitan yang amat sangat pada bahagian leher, dia tidak mampu bercakap," ujar ibu mangsa yang percaya kesakitan itu berpunca dari tindakan suspek yang mencekik anaknya.
Pegawai polis tempatan, Ashwini Kumar berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan pihaknya kini sedang menjejak kesemua suspek.
Gambar tiga dari suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian ini turut diedarkan dan salah seorang dari mereka merupakan anggota tentera. - Metro.co.uk
Sinar Harian
Sun Sep 16 2018

Mangsa dibawa menaiki kereta ke sebuah rumah sebelum beberapa orang lelaki lagi tiba dan menodanya secara bergilir-gilir.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Jamuan raya waktu pejabat jimat masa, jimat wang - TPM
Jelas Timbalan Perdana Menteri, ia tidak bermakna tiada kakitangan yang bertugas selain melihat jamuan berkenaan sebagai cara meraikan pegawai dan kakitangan kementerian atau jabatan itu sendiri.

Remaja perempuan 'bisu' selepas dinoda 12 lelaki selama lapan jam
Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, dilaporkan tidak boleh bercakap selepas menjadi mangsa noda sekumpulan 12 lelaki, selama lapan jam.