Cadangan konsep revolusi mental oleh calon Presiden, Joko Widodo atau Jokowi dan calon gandingan Jusuf Kalla akan membantu Indonesia mengatasi Singapura dan Malaysia dalam pembangunan kerana program ini memberi tumpuan bukan semata-mata kepada pendidikan tetapi juga membina perwatakan.
Menurut jurucakap pasukan kempen Jokowi-Kalla, Hasto Kristiyanto, revolusi mental akan mewujudkan semangat integriti, kebijaksanaan dan berkhidmat kepada negara dalam kalangan rakyat Indonesia.
"Revolusi mental adalah penyelesaian bagi mengatasi masalah kekurangan kita dalam kapasiti sumber yang meletakkan kita di belakang Malaysia dan Singapura," kata beliau seperti dilaporkan oleh agensi berita Antara di sini pada Rabu.
Menurut Program bagi Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012, kajian di seluruh dunia mengenai pencapaian akademik pelajar dalam matematik, sains dan membaca, meletakkan Indonesia pada tempat ke-64 daripada 65 negara.
Sebaliknya, Malaysia berada di tempat ke-52 sementara Singapura disenaraikan di tangga kedua selepas China.
Hasto berkata satu daripada cara gandingan Jokowi-Kalla akan melaksanakan revolusi mental ialah dengan mengutamakan kualiti pengajaran di bilik darjah dengan meletakkan pendidik sebagai satu daripada tonggak negara.
Beliau berkata berbuat demikian bukan sahaja akan meningkatkan kebajikan kanak-kanak dengan pendidikan yang lebih baik tetapi juga membantu dalam pembangunan negara.
"Revolusi mental mesti dilaksanakan oleh kerajaan yang bersih daripada rasuah. Program ini tidak dapat berfungsi melalui pentadbiran Prabowo Subianto-Hatta Rajasa kerana beberapa daripada orang mereka terlibat dalam rasuah," kata beliau.
Suryadharma Ali, pengerusi Partai Persatuan Pembangunan (PPP), anggota gabungan Prabowo-Hatta, pada Mei lepas dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK).
Walaupun terus membuat ikrar untuk memerangi rasuah, calon presiden Prabowo belum meminta Suryadharma menarik diri daripada pasukan kempen dan gabungan.
Hasto berkata revolusi mental akan melahirkan lebih ramai warganegara yang patriotik yang akan mengecam keras rasuah dan membantu memerangi rasuah.
Beliau berkata jika ini dapat dilaksanakan, maka barulah gaji penjawat awam dapat dinaikkan.
Bernama
Wed Jul 02 2014
Calon Presiden, Joko Widodo atau Jokowi (kiri) bersama calon gandingannya Jusuf Kalla (kanan). -gambar fail
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
'Prom Nite' Melly Goeslaw 31 Mei depan
Pada konsert itu nanti, beliau akan menampilkan sesuatu yang baharu serta istimewa dan pastinya tidak pernah dibawa sebelum ini.
Indonesia rancang tetapkan had umur minimum penggunaan media sosial
Indonesia merancang keluarkan peraturan bagi menetapkan umur minimum untuk pengguna media sosial dalam usaha melindungi kanak-kanak.
Indonesia cadang pengurangan tarif perdagangan kepada AS
Inisiatif ini bertujuan sebagai langkah menghadapi dasar tarif import yang dijangka akan dilaksanakan oleh Trump.
Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.
Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar ditemukan selamat dan berada di Indonesia.
Gunung Ibu meletus, orang ramai digesa jauhi zon bahaya
Gunung Ibu di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Sabtu, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi 4,000 meter dari puncaknya.
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Direktorat Jeneral Imigresen menahan TJC, seorang buruan warga Amerika Syarikat (AS) yang dicari oleh Marsyal AS atas pertuduhan berkaitan eksploitasi seksual, cubaan eksploitasi kanak-kanak dan porno
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala.