ZAGREB: Ribut kencang yang melanda benua Croatia pada Rabu meragut tiga nyawa, selain mengakibatkan berpuluh-puluh lagi cedera.
Seorang pejalan kaki berusia 50 tahun dan pemandu berusia 48 tahun maut di lokasi kejadian selepas dihempap pokok tumbang di Zagreb ibu negara Croatia
Sementara itu, seorang lelaki berusia 40 tahun di Kaunti Brod-Posavina di wilayah Slavonia maut selepas pokok tumbang menghempap keretanya.
Ribut petir melanda beberapa daerah dan Zagreb paling terjejas teruk.
Perkhidmatan bantuan di bandar dan daerah Zagreb menerima lebih 1,300 panggilan kecemasan.
Angin kencang turut membadai daerah Krapina-Zagorje, Varazdin dan Medimurje yang terletak di bahagian utara serta daerah Brod-Posavina, Pozega-Slavonia dan Vukovar-Srijem di timur.
Penilaian mengenai kerosakan harta benda masih belum dilakukan dan Perdana Menteri Andrej Plenkovic telah berikrar kerajaan akan menghulurkan bantuan untuk kerja-kerja baik pulih.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Ribut kencang yang melanda benua Croatia pada Rabu meragut tiga nyawa, selain mengakibatkan berpuluh-puluh lagi cedera. -AP
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Hujan lebat, ribut sebabkan pokok tumbang hempap rumah, kenderaan di Perak
Hujan lebat berserta ribut yang melanda beberapa kawasan di Perak hari ini, menyebabkan kejadian pokok tumbang dan menghempap rumah serta kenderaan milik penduduk.

Hujan lebat, ribut kencang terus membadai selatan China
Banjir kilat berlumpur menjejaskan kehidupan penduduk setempat di wilayah Guizhou.

Netizen kongsi detik cemas Putrajaya dilanda ribut
Beberapa kawasan di Putrajaya dilaporkan dilanda ribut kencang.

Tujuh rumah termasuk markas PAS di Pinang Tunggal rosak akibat ribut
Enam rumah dan sebuah markas PAS di Kampung Paya Keladi Hujung, Pinang Tunggal rosak akibat ribut kencang pada Rabu.