BERLIN: Ribut pasir dan debu semakin kerap berlaku di sesetengah tempat di seluruh dunia, dengan sekurang-kurangnya satu perempat daripada ribut yang berlaku berpunca daripada manusia, menurut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Menangani Penggurunan (UNCCD), lapor Xinhua.
"Pemandangan awan gelap bergulung pasir dan debu yang menyedut segala benda di laluannya dan mengubah siang menjadi malam merupakan antara kejadian alam yang paling menakutkan.
"Ia adalah fenomena yang mendatangkan malapetaka besar dari Asia Utara dan Tengah hinggalah Afrika sub-Sahara," menurut Ibrahim Thiaw, setiausaha eksekutif UNCCD.
"Ribut pasir dan debu mengetengahkan cabaran yang besar dalam usaha untuk mencapai pembangunan mampan.
"Bagaimanapun, sebagaimana kejadian ribut pasir dan debu diburukkan lagi oleh aktiviti manusia, ia juga boleh dikurangkan menerusi tindakan manusia," kata Thiaw.
Walaupun ribut merupakan fenomena semula jadi yang lazim dan bermusim di sesetengah wilayah, masalah itu diburukkan lagi oleh pengurusan tanah dan air yang lemah, kemarau dan perubahan iklim, menurut pakar UNCCD.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Walaupun ribut merupakan fenomena semula jadi yang lazim dan bermusim di sesetengah wilayah, masalah itu diburukkan lagi oleh pengurusan tanah dan air yang lemah, kemarau dan perubahan iklim. - Gambar hiasan/REUTERS
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Ribut pasir, debu semakin kerap berlaku di seluruh dunia - PBB
Ribut pasir dan debu mengetengahkan cabaran yang besar dalam usaha untuk mencapai pembangunan mampan.
Ribut pasir, lebih 800 penduduk Iran dikejarkan ke hospital
Sebanyak 833 orang penduduk Sistan dan Baluchestan dirujuk ke pusat perubatan di wilayah tenggara Iran sejak lima hari lalu akibat masalah kesihatan yang disebabkan oleh ribut pasir.
Lebih 400 juta orang terjejas akibat ribut pasir di utara China
Ribut pasir yang melanda Beijing dan wilayah lain di utara China menjejaskan kira-kira 409 juta penduduk, menurut Kementerian Hutan.
Ribut pasir: Rakyat Iraq disaran kekal berada di rumah
Ribut pasir yang berlaku kali keenam dalam masa sebulan itu akan berterusan sehingga pagi Isnin.
Beijing diselubungi ribut pasir, kali kedua dalam tempoh dua minggu
Jarak penglihatan di bandar raya itu berkurang dengan banyak, dengan kebanyakan puncak bangunan pencakar langit terlindung dalam kesan ribut pasir.
Perdagangan dunia terjejas kerana sebuah kapal
Kerja-kerja bagi mengalihkan kapal itu kemudian bermula selepas Ever Given sepanjang 400 meter iaitu lebih panjang dari Menara Eiffel di Paris, Perancis dan selebar 59 meter merintangi terusan.
Beijing dilanda ribut pasir paling buruk sepanjang dekad
Kesesakan lalu lintas berlaku dan lebih 400 penerbangan dari dua lapangan terbang utama Beijing terpaksa dibatalkan.
Lebih 70 maut, ratusan lagi cedera akibat ribut debu di India
Pihak berkuasa menjangkakan angka korban meningkat lantaran kejadian ribut yang melanda semalaman di negeri Uttar Pradesh dan Rajasthan itu.
Video 'viral' pesawat MAB: Senario biasa sewaktu ribut pasir - bekas residen Jeddah
Di antara dua terminal Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz di Jeddah memang terdapat banyak laluan kenderaan untuk kegunaan penumpang.
Video 'viral' pesawat MAS: Kesemua pesawat MAS selamat mendarat di Jeddah - MAB
Malaysia Airlines Berhad menjelaskan video yang 'viral' mengenai sebuah pesawat MAS di dalam ribut pasir belum dapat disahkan buat masa ini.