RIYADH: Sebuah robot humanoid di Arab Saudi mencetuskan kontroversi, gara-gara 'menyentuh' seorang wartawan wanita ketika program siaran langsung.
Rakaman ketika acara DeepFest pada minggu lalu menunjukkan robot tersebut yang membuat kemunculan pertama di khalayak umum menghulurkan tangannya dan dikatakan cuba membuat 'sentuhan' tidak wajar.
Wartawan itu juga terkejut dan bertindak balas selepas 'disapa' sedemikian.
Klip yang telah meraih lebih 800,000 tontonan di media sosial itu turut mengundang pelbagai reaksi malah ada yang mendakwa robot yang juga penutur dwibahasa itu melakukan 'gangguan secara fizikal' dan menggelarnya sebagai 'robot gatal'.
Meskipun berdepan banyak komen negatif, terdapat juga pengguna media sosial yang mempertahankan robot berkenaan dan percaya ia mungkin ada kaitan dengan masalah teknikal hingga ia bertingkah-laku sedemikian.
"Pereka robot itu perlu mengenal pasti isu sebenar," kata seorang warganet.
Difahamkan, robot itu dihasilkan QSS Systems di bawah inisiatif negara untuk menunjukkan kemajuan membanggakan Riyadh dalam teknologi kecerdasan buatan (AI). - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sat Mar 09 2024
Robot tersebut teruk dikecam kerana dikatakan cuba membuat 'sentuhan' tidak wajar hingga menyebabkan wartawan wanita itu terkejut. - Foto agensi
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
'Robot gatal' kena kecam kerana sentuh wartawan wanita
Klip yang telah meraih lebih 800,000 tontonan di media sosial itu turut mengundang pelbagai reaksi.