REPORTERS Without Borders (RSF) memfailkan aduan kedua kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang yang dilakukan tentera Israel terhadap wartawan Palestin di Gaza.
Aduan terbaharu kumpulan kebebasan akhbar yang berpangkalan di Paris itu difailkan pada Jumaat lalu bagi meminta mahkamah di Hague itu menyiasat kematian tujuh wartawan Palestin yang terbunuh di kawasan yang dikepung dari 22 Oktober hingga 15 Disember.
Senarai wartawan termasuk pembunuhan jurukamera Arab Al Jazeera, Samer Abudaqa minggu lalu.
Dalam satu kenyataan, RSF berkata, pihaknya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa wartawan yang dinamakan dalam aduan ini adalah mangsa serangan dalam jenayah perang.
Jelasnya, wartawan ini mungkin sengaja disasarkan oleh Israel dan RSF menyifatkan kematian mereka disengajakan melibatkan orang awam.
RSF memfailkan aduan ICC pertamanya sejak perang bermula pada 31 Oktober atas kematian tujuh wartawan lain.
Kumpulan itu telah mengesahkan kematian 66 wartawan Palestin sejak 7 Oktober apabila serangan Israel bermula.
Wartawan lain yang dinamakan dalam aduan RSF ialah Asem Al-Barsh, wartawan radio Al Najah yang terbunuh oleh tembakan penembak tepat dan rakannya Bilal Jadallah dari kumpulan media Press House-Palestine yang menjadi mangsa serangan peluru berpandu ke atas keretanya.
Montaser Al-Sawaf, jurukamera Agensi Anadolu Turki dan wartawan foto Rushdi Al Siraj turut terbunuh dalam serangan udara Israel di rumah mereka.
Menurut RSF, Hassouna Salim dari agensi Berita Quds terbunuh akibat peluru berpandu selepas menerima ancaman bunuh dan wartawan foto Sari Mansour meninggal dunia dalam serangan yang sama,
RSF berkata, ia turut menyokong aduan yang difailkan oleh Al Jazeera mengenai penembakan maut wartawan Palestin, Shireen Abu Akleh di Jenin di utara Tebing Barat, pada 11 Mei 2022.
Menyasarkan wartawan adalah jenayah perang di bawah Perkara 8 Statut Rom.
Agensi
Mon Dec 25 2023

Plestia Alaqad, antara wartawan Palestin yang menjadi sebutan kerana keberanian membuat liputan tentang perang Gaza termasuk pendedahan melalui video di laman sosial. - Foto Sinar Harian

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Indeks Kebebasan Media: Malaysia merudum 34 anak tangga, bukan lagi terbaik ASEAN
Malaysia berada di kedudukan 107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF) berbanding tangga 73 tahun lepas.

RSF fail aduan kedua kepada ICC berhubung kematian wartawan di Gaza
Senarai wartawan termasuk pembunuhan jurukamera Arab Al Jazeera, Samer Abudaqa minggu lalu.

Bertindak mengikut akta bukan sekat kebebasan media, MCMC jawab RSF
Tindakan yang dibuat adalah bagi memastikan penyebaran maklumat dilakukan secara bertanggungjawab dan tanpa menyebarkan fitnah.

Kerajaan teliti beberapa RUU berkaitan untuk kebebasan media terjamin
Kerajaan sedang meneliti beberapa rang undang-undang (RUU) baharu berkaitan media termasuk RUU Majlis Media Malaysia dalam usaha memastikan aspek kebebasan media di negara ini terjamin.

Malaysia berada di tangga ke-73 Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 - RSF
Malaysia berada di tangga ke-73 Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 berdasarkan laporan Reporters Without Borders (RSF), berbanding tangga ke-133 tahun lepas.

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 membanggakan negara - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata ia juga menjadi pemangkin untuk kerajaan terus memartabatkan kebebasan media di Malaysia.

Hampir 1,700 wartawan dibunuh dalam tempoh 20 tahun - RSF
Hampir 1,700 wartawan terbunuh di seluruh dunia sejak 20 tahun lalu dengan anggaran purata lebih 80 kematian dalam setahun.

Indeks Kebebasan Media: Malaysia perbaiki kedudukan ke tangga 113
Malaysia berjaya memperolehi 51.55 mata, jauh lebih baik berbanding negara rantau Asia Tenggara yang lain.

Infodemik jadi ancaman, punca kebebasan media semakin berkurangan
Kerajaan terpaksa mengambil inisiatif menyekat infodemik yang mula menjadi ancaman besar, sekali gus memberi kesan kepada kebebasan media.

Kerajaan jamin ruang luas kepada media untuk lapor berita
Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam menyokong dan menegakkan kebebasan media di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia.