RUNDINGAN bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015 dijangka disambung semula pada Khamis.
Ini adalah pusingan rundingan ketujuh melibatkan Iran dan kuasa nuklear.
Rundingan disambung semula 29 November dan ditangguhkan pada Jumaat lepas.
Bagaimanapun Menteri Luar Perancis sedikit skeptikal dengan perkembangan rundingan kali ini.
Beliau mendakwa Iran memberi bayangan mahu meneruskan program nuklear mereka.
Di bawah Perjanjian 2015, Iran perlu menghadkan aktiviti nuklearnya.
Sebagai pertukaran, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) akan mengurangkan sekatan ke atas mereka.
Bagaimanapun Amerika Syarikat di bawah pentadbiran bekas Presiden Donald Trump, menarik diri daripada perjanjian itu.
Ia menyebabkan Iran kembali meneruskan aktiviti nuklearnya.
Rundingan tidak langsung di Vienna ini bertujuan memujuk Amerika Syarikat untuk kembali menyertai perjanjian berkenaan.
Sementara Iran pula diminta untuk kembali mematuhi perjanjian tersebut.
Iran dalam pada itu mempertahankan program nuklearnya bukan bertujuan untuk penghasilan senjata, sebaliknya bertujuan untuk keamanan.
Astro Awani
Wed Dec 08 2021

Iran dalam pada itu mempertahankan program nuklearnya bukan bertujuan untuk penghasilan senjata, sebaliknya bertujuan untuk keamanan. - Foto fail

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Perjanjian nuklear: Iran komited kepada diplomasi, rundingan pelbagai hala
Iran sentiasa berusaha untuk mematuhi diplomasi dan menyumbang kepada rundingan bagi menyelesaikan isu nuklear.

Rundingan nuklear dijangka disambung semula pada Khamis
Menteri Luar Perancis sedikit skeptikal dengan perkembangan rundingan kali ini.

AS, China perlu harmonikan pendirian tentang Iran
Rundingan bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015 itu dijadual disambung semula pada 29 November ini.

Iran bakal sambung semula rundingan nuklear pada 29 November
Menurut Iran, isu penarikan sekatan dan pelaksanaan sepenuhnya pihak yang terlibat dengan JCPOA akan menjadi agenda utama rundingan itu.

Rundingan nuklear Iran menunjukkan perkembangan positif
Timbalan Menteri Luar Iran, Abbas Araghachi mendedahkan rundingan nuklear negara itu dengan kuasa dunia menunjukkan perkembangan baik.

Korea Utara lancar dua lagi peluru berpandu
Siri ujian senjata terbaharu itu dilakukan sehari selepas latihan bersama tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Kerajaan Iran terpaksa campur tangan untuk selamatkan mata wang
Kerajaan Iran pada Isnin bertindak campur tangan dalam usaha melindung nilai mawatang negara itu, rial dari terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).