VIENNA: Rundingan mengenai Perjanjian Nuklear 2015 dijangka mencapai kata sepakat dalam masa terdekat.
Perkara itu disahkan oleh ketua delegasi Rusia, Mikhail Ulianov pada Ahad.
Ulianov berkata, rundingan bergerak ke arah yang betul dan bilangan isu yang tidak dapat diselesaikan adalah minimum iaitu tiga atau empat dengan beberapa daripadanya hampir selesai.
Pusingan baharu rundingan mengenai pemulihan Perjanjian Nuklear 2015 antara Iran dan kuasa dunia bermula baru-baru ini di Vienna selepas berehat selama 150 hari.
Iran menandatangani Perjanjian Nuklear, secara rasmi dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA), dengan kuasa dunia pada Julai 2015.
Negara itu bersetuju untuk mengekang program nuklearnya sebagai balasan untuk menghapuskan sekatan ke atas negara itu.
Bagaimanapun, bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menarik keluar Washington daripada perjanjian itu.
Rundingan mengenai memulihkan JCPOA bermula pada April 2021 di ibu kota Austria, Vienna tetapi digantung pada Mac tahun ini kerana perbezaan politik antara Tehran dan Washington.
Astro Awani
Mon Aug 08 2022
Bangunan Palais Coburg di mana rundingan tertutup nuklear diadakan di Vienna. - Foto AP
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
Sebahagian besar isu utama perjanjian nuklear Iran selesai - AS
Rundingan tidak langsung antara Iran dan AS, dengan Kesatuan Eropah sebagai perantara, berakhir di Vienna awal bulan ini dengan mencapai draf perjanjian.
Rundingan Perjanjian Nuklear hampir capai kata sepakat
Rundingan bergerak ke arah yang betul dan bilangan isu yang tidak dapat diselesaikan adalah minimum.
Aktiviti nuklear: Sikap Iran didakwa mengancam keamanan
Sejak kegagalan Perjanjian Nuklear 2015, Iran mula memperkaya uranium ke tahap 60 peratus.
Perjanjian nuklear: Iran selar Eropah gagal tawar penyelesaian
Rundingan disambung semula di Vienna untuk cuba memulihkan pakatan nuklear dengan kedua-dua pihak cuba mengukur prospek kejayaan selepas perbincangan terkini.
Perjanjian Nuklear: Iran serius runding dengan kuasa dunia - Presiden
Ebrahim Raisi berkata, persetujuan boleh dicapai sekiranya pihak lain juga serius mengenai penghapusan sekatan AS ke atas mereka.
Masa semakin suntuk untuk hidupkan semula perjanjian nuklear
Tiada sebarang perkembangan dicatat sejak rundingan bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015 bersambung di Vienna.
IAEA dakwa Iran jalankan aktiviti nuklear
Tindakan ini tegas agensi itu, mencabuli perjanjian nuklear yang dimeterai pada 2015.
Negara blok barat desak Iran patuhi Perjanjian Nuklear 2015
Ini termasuk hentikan aktiviti pengayaan uranium kepada tahap penghasilan senjata.
Ebrahim Raisi presiden baharu Iran
Ebrahim Raisi kini secara rasminya memenangi Pilihan Raya Presiden Iran selepas memperoleh 62 peratus undi.
Diplomat akui rundingan nuklear Iran memberangsangkan
Namun negara terlibat mendedahkan masih banyak mesyuarat susulan perlu dilaksanakan sebelum persetujuan dicapai.