Rusia mahu terlibat sepenuhnya dalam siasatan insiden melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine pada tahun 2014.
Presidennya, Vladimir Putin menegaskan, hanya dengan cara itu, Rusia boleh mengiktiraf laporan siasatan yang diterbitkan pasukan penyiasat pada Khamis.
"Ukraine terlibat dalam siasatan berkenaan, tetapi Rusia tidak. Kami tidak tahu apa yang dirumuskan dalam laporan mereka, dan berdasarkan fakta yang mana. Untuk membolehkan kami mengiktiraf laporan itu, kami perlu terlibat sepenuhnya dalam siasatan berkenaan," tegas Putin sebagai reaksi laporan terkini dikeluarkan pasukan penyiasat, di sebalik Forum Ekonomi Antarabangsa di St. Petersburg.
Pasukan Penyiasatan yang terdiri daripada Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine pada Khamis mengeluarkan laporan yang merumuskan sistem peluru berpandu antipesawat 53 Angkatan Bersenjata Rusia digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17.
Kementerian pertahanan Rusia dalam reaksi balas menafikan pihaknya terlibat dalam insiden
BACA : MH17 ditembak jatuh peluru berpandu tentera Rusia - Pasukan penyiasat
Pasukan itu kini mengumpul bukti untuk meneruskan proses undang-undang.
Pesawat dengan 298 penumpang di mana dua pertiga daripadanya ialah warga Belanda ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia pada 17 Julai 2014 di ruang udara wilayah yang dikawal puak pemisah pro-Rusia.
Penyiasat merayu kepada orang ramai untuk tampil dan membantu mengenal pasti kru yang mengendalikan peluru berpandu dan menentukan dari mana arahan itu datang.
Lembaga Keselamatan Belanda dalam laporan pada Oktober 2015 bahawa pesawat Boeing 777 itu telah ditembak oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia.
Agensi
Thu May 24 2018

Pembinaan semula bangkai pesawat MH17 pada 13 Oktober 2015 di Gilze Rijen, the Netherlands. - REUTERS

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Pegawai perbendaharaan ditemui meninggal dunia di Pejabat Kementerian Kewangan
Hasil pemeriksaan awal tiada unsur jenayah dijumpai, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.

Peta haba tunjukkan musim panas Australia semakin panas, berisiko
Musim panas di Australia semakin panas dan lebih berbahaya, dengan lebih banyak pinggir bandar di bandar yang berisiko akibat panas melampau.

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.