TORONTO: Tentera Ukraine menembak jatuh peluru berpandu hipersonik Kinzhal milik Rusia dengan menggunakan sistem pertahanan udara Patriot buatan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Anadolu (AA), memetik jurucakap Pentagon pada Selasa.
"Saya boleh mengesahkan bahawa mereka telah menembak jatuh peluru berpandu Rusia dengan menggunakan sistem pertahanan peluru berpandu Patriot.
"Sistem pertahanan itu adalah sebahagian daripada pertahanan udara yang dibekalkan oleh AS dan masyarakat antarabangsa kepada Ukraine," kata Brigedier Jeneral Patrick Ryder pada taklimat akhbar.
Bagaimanapun, Ryder enggan menyatakan negara mana yang membekalkan bateri peluru berpandu yang menembak jatuh peluru berpandu hipersonik itu.
Sistem pertahanan udara Patriot pernah digunakan oleh AS untuk menangkis peluru berpandu balistik Iran di Iraq dan Arab Saudi, tetapi kali ini buat kali pertama sistem itu menembak jatuh peluru berpandu hipersonik.
"AS bersama sekutu dan rakan kongsi kami akan terus segera meningkatkan keupayaan pertahanan udara untuk membantu Ukraine mengawal ruang udara dan mempertahankan rakyatnya daripada peluru berpandu jelajah dari Rusia dan dron dari Iran," kata Ryder.
Pentadbiran Presiden AS Joe Biden pada awal Selasa menjanjikan bantuan ketenteraan jangka panjang bernilai US$1.2 bilion kepada Ukraine, termasuk sistem pertahanan udara dan senjata.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023

Sistem pertahanan Patriot itu adalah sebahagian daripada pertahanan udara yang dibekalkan oleh AS dan masyarakat antarabangsa kepada Ukraine. - Gambar/ Wikipedia

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula
Katanya, Brazil antara kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali dalam usaha menyumbang kepada kemungkinan menamatkan perang.

Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.

Ukraine "tinggalkan" proses rundingan tamatkan konflik - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa Ukraine "meninggalkan" proses rundingan bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.

Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia
Kesan sekatan ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine menjejaskan aliran kewangan dan cara perbelanjaan sebilangan besar pelajar Malaysia di Rusia.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.

Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan bertambah kepada 4.1825/1850 berbanding dolar AS.