BEIJING: Ahli penyelidik China berjaya menemukan pelbagai jenis bahan kaca daripada sampel tanah di Bulan yang dibawa pulang prob Chang'e-5.
Institut Fizik Akademi Sains China (CAS) mengesahkan bahan kaca berkenaan terbentuk selepas mengalami perubahan fizikal daripada pepejal, cecair dan gas di regolitos qamari.
Hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal National Science Review turut mencatatkan penemuan buat kali pertama gentian kaca semula jadi di sampel tanah itu.
Menurut Dr. Shen Laiquan dari Institut Fizik CAS, penemuan itu membuktikan tanah Bulan mempunyai keupayaan membentuk kaca serta ciri-ciri unggul dalam pemprosesan dan pengacuan bahan berkenaan.
"Ia mengesahkan kebolehlaksanaan menggunakan tanah Bulan untuk memproses dan menghasilkan bahan binaan daripada kaca.
"Dapatan kajian itu memberikan sokongan penting kepada projek pembinaan pangkalan penyelidikan di Bulan pada masa hadapan," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023

Institut Fizik Akademi Sains China (CAS) mengesahkan bahan kaca berkenaan terbentuk selepas mengalami perubahan fizikal daripada pepejal, cecair dan gas di regolitos qamari. - Gambar hiasan/Freepik
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Saintis China temukan bahan kaca dari tanah di bulan
Bahan kaca berkenaan terbentuk selepas mengalami perubahan fizikal daripada pepejal, cecair dan gas di regolitos qamari.