LONDON: Saintis British, Ian Wilmut, yang penyelidikannya menjadi pusat penciptaan haiwan klon, Dolly the Sheep, telah meninggal dunia pada usia 79 tahun.
Kematiannya pada Ahad lalu beberapa tahun selepas didiagnosis dengan penyakit Parkinson, diumumkan Universiti Edinburgh tempat dia bekerja.
Wilmut, bersama-sama dengan Keith Campbell dari Institut Penyelidikan Sains Haiwan di Scotland, mencetus perdebatan etika yang hangat pada tahun 1996 apabila mereka mencipta Dolly, mamalia pertama yang diklon daripada sel dewasa.
Universiti Edinburgh berkata, Wilmut mengetuai usaha untuk membangunkan teknik pengklonan atau pemindahan nuklear yang boleh digunakan untuk membuat biri-biri yang diubah suai secara genetik.
Jelas universiti itu, usaha-usaha inilah yang membawa kepada kelahiran Megan dan Morag pada 1995 dan Dolly pada 1996.
Dolly yang dinamakan sempena penyanyi Dolly Parton, adalah mamalia pertama yang diklon daripada sel dewasa menggunakan proses yang dipanggil pemindahan nuklear sel somatik (SCNT).
Ini melibatkan pengambilan telur biri-biri, mengeluarkan DNAnya dan menggantikannya dengan DNA daripada sel beku biri-biri yang mati bertahun-tahun sebelumnya.
Telur itu kemudiannya dikenakan cas elektrik untuk menjadikannya tumbuh seperti embrio yang disenyawakan dengan tiada sperma yang terlibat.
Penciptaan Dolly mencetuskan kebimbangan pengklonan pembiakan manusia atau menghasilkan salinan genetik orang hidup atau mati tetapi saintis arus perdana telah menolak perkara ini sebagai terlalu berbahaya.
Wilmut, yang dilahirkan berhampiran Stratford-upon-Avon, menuntut di Universiti Nottingham pada awalnya untuk menelaah ilmu pertanian, sebelum beralih kepada sains haiwan.
Dia berpindah ke Universiti Edinburgh pada tahun 2005 dan menerima gelaran kesatria pada tahun 2008 sebelum bersara dari dunia pendidikan pada tahun 2012.
Agensi
Tue Sep 12 2023

Ian Wilmut, yang penyelidikannya menjadi pusat penciptaan haiwan klon, Dolly the Sheep, telah meninggal dunia pada usia 79 tahun akibat penyakit Parkinson.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Saintis cipta klon Dolly The Sheep meninggal dunia
Ian Wilmut, yang penyelidikannya menjadi pusat penciptaan haiwan klon, Dolly the Sheep meninggal dunia pada usia 79 tahun akibat Parkinson.