ANKARA: Penyelidik daripada University of Zurich menemukan satu fosil tengkorak seekor ikan lumba-lumba sungai gergasi berusia 16 juta tahun di Sungai Amazon di Peru, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik akhbar British, The Guardian.
Menurut laporan dikeluarkan The Guardian, adalah dipastikan saudara terdekat kepada spesies ikan lumba-lumba yang pupus telah hidup sejauh 10,000 kilometer di Asia Tenggara.
Aldo Benites-Palomino, ketua penulis penyelidikan itu berkata fosil itu adalah milik keluarga Platanistoidea yang hidup antara 16 juta hingga 24 juta tahun dahulu dan sepanjang 3.5 meter.
Sebelum ini beliau telah menemukan spesies ikan lumba-lumba dipanggil Pebanista yacuruna pada 2018, tetapi Benites-Palomino berkata usaha beliau terganggu akibat pandemik COVID-19.
Beliau berkata spesies ikan lumba-lumba sungai ini dipercayai meninggalkan lautan untuk mencari sumber makanan baharu dalam sungai air tawar.
Penyelidikan ini diterbitkan dalam Jurnal "Sciences Advances".
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024

Tulang ikan lumba-lumba dipercayai berusia 16 juta tahun, dipamerkan di National Museum of Archaeology, Anthropology and History of Peru, pada sidang media di Lima, Peru, 20 Mac 2024. (Foto AP)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Geegee Ahmad
- Transaksi BNPL naik ketara kepada RM7.1 bilion
- Dari Kuala Lipis ke Istana Buckingham, #CTDK di kelas tersendiri
- SPRM ambil keterangan Ismail Sabri Khamis ini - Azam Baki
#AWANIpagi #AWANInews
- Transaksi BNPL naik ketara kepada RM7.1 bilion
- Dari Kuala Lipis ke Istana Buckingham, #CTDK di kelas tersendiri
- SPRM ambil keterangan Ismail Sabri Khamis ini - Azam Baki
#AWANIpagi #AWANInews

Muhammad Azeem dalam radar wakili Malaysia di Universiade 2025
Pemilihan akhir masih bergantung kepada perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN).

Gaji lewat dipercayai punca pekerja kilang merusuh
Dalam kejadian jam 12.05 tengah hari itu berlaku pertelingkahan antara sekumpulan pekerja dengan dua penyelia kilang tersebut.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia. #AWANInews
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam. #AWANInews
Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pilihan Raja Charles III
Lagu Anta Permana yang diluncurkan pada tahun 2018 membuat kemunculan pada minit ke-43 dalam 17 senarai lagu yang dipilih sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel. #AWANI745 #AWANInews

Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 2,655 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini.

Anggota polis bunuh anak sendiri berusia dua bulan
Kubur bayi itu telah digali semula untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

ACLE: JDT tidak bernasib baik - TMJ
Usai tamat cabaran JDT, Tunku Ismail, meluahkan pencapaian yang cukup membangga ini menerusi laman X.

Pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan, bukan cetus api - Sultan Pahang
Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi 'badut' mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R).

Seronok tonton persembahan haiwan? Ini kenapa anda perlu hentikan
Sisi gelap yang perlu ditelan adalah persembahan hidupan liar atau industri persembahan haiwan mungkin mengeksploitasi haiwan berkenaan.