WASHINGTON: Saintis sudah menemui jawapan mengapa spesies kelawar yang menghisap darah atau kelawar ‘vampire’ merupakan satu-satunya mamalia yang boleh hidup dengan diet tersebut, lapor AP.
Pasukan penyelidik yang membandingkan genom kelawar penghisap darah, dengan 26 spesies kelawar lain telah mengenal pasti 13 gen yang hilang, atau tidak lagi berfungsi dalam kelawar penghisap darah.
Selama bertahun-tahun, perubahan pada gen itu membantu spesies tersebut beradaptasi dengan diet darah yang kaya dengan zat besi dan protein namun hanya mengandungi sedikit lemak atau karbohidrat.
Hasil penyelidikan itu dilaporkan pada Jumaat dalam jurnal Science Advances.
Spesies kelawar penghisap darah yang tinggal di Amerika Selatan dan Amerika Tengah itu secara amnya dipanggil ‘drakula hidup’, kata Michael Hiller, seorang penyelidik bersama di Max Planck Institute, Jerman.
Saiz spesies khas itu adalah kira-kira 8 sentimeter panjang dengan regangan sayap sehingga 18 sentimeter. Ia boleh mengigit dan seterusnya menghisap darah dari haiwan ternakan atau haiwan lain pada waktu malam.
Kebanyakan mamalia tidak boleh hidup dengan darah yang merupakan cecair rendah kalori. Hanya tiga spesies daripada 1,400 jenis kelawar yang boleh berbuat demikian iaitu Desmondus rotundus, Diphylla ecaudata dan Diaemus youngi.
Peratusan besar spesies kelawar lain pula mempunyai ‘selera’ terhadap serangga, buah, nektar, debunga, ataupun haiwan kecil seperti katak dan ikan.
“Darah adalah sumber makanan yang teruk. Ia sangat aneh, namun sungguh hebat bagi kelawar ini kerana dapat hidup dengannya. Spesies itu sangat pelik, walaupun jika dibandingkan sesama kelawar lain,” kata pengkaji kelawar di Tulae University, Hannah Kim Frank.
Antara makhluk lain yang mempunyai keinginan pada darah adalah nyamuk, pijat, lintah, pacat dan kutu.
“Hasil kajian terbaru itu menunjukkan perbezaan antara kelawar penghisap darah, dengan yang memakan nektar dan buah-buahan,” kata penyelidik di Virginia Tech, Kate Langwig.
Dengan diet rendah kalori itu, kelawar penghisap darah tidak boleh bertahan lama tanpa makanan. Berdasarkan pemerhatian, kelawar yang dapat makan dengan cukup akan memuntahkan semula makanan untuk dikongsi ‘jirannya’.
Hiller memberitahu, kelawar yang menerima darah itu malah meninggalkan jejak pada kelawar yang telah menbantunya. Hal itu adalah bersandarkan sifat kelawar penghisap darah yang mempunyai perhubungan sosial kompleks.
“Ia bukan ada kaitan dengan keluarga terdekat. Kelawar itu hanya mengetahuinya dan mengingatinya. Pada kelawar yang pandai berkongsi, ia akan mendapat ganjaran,” jelas Frank.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sat Mar 26 2022
Darah adalah sumber makanan yang teruk. Ia sangat aneh, namun sungguh hebat bagi kelawar ini kerana dapat hidup dengannya. - Sherri and Brock Fenton/AAAS via AP
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Kelawar di Sabah terancam jika penguatkuasaan, kawalan lesen memburu tidak ketat
Kelawar akan menjadi spesies terancam sekiranya penguatkuasaan dan kawalan pengeluaran lesen memburu tidak dilaksanakan dengan lebih ketat.
Virus Nipah: Dua maut, tiga positif di Kerala, India
Pakar kesihatan kini sedang mengumpul sampel cecair daripada kelawar dan pokok buah-buahan di wilayah tersebut.
Saintis temui penjelasan tentang spesies kelawar 'vampire' dan diet darah
Perubahan gen itu membantu spesies tersebut beradaptasi dengan diet darah yang kaya dengan zat besi dan protein namun hanya mengandungi sedikit lemak atau karbohidrat.
COVID-19: Petugas makmal yang dijangkiti mungkin penyebab penyebaran virus
Seorang pekerja makmal telah dijangkiti ketika mengambil sampel di dalam gua yang dipenuhi kelawar.
Pesawat terpaksa berpatah balik gara-gara kelawar dalam kabin
Pesawat Air India yang membuat penerbangan ke Amerika Syarikat (AS) terpaksa berpatah balik susulan seekor kelawar ditemui terbang ke dalam ruang kabin pesawat itu.
Asal-usul COVID-19: Pakar AS kaji laporan WHO-China
Satu kajian bersama WHO-China mengenai asal-usul COVID-19 mendapati virus itu mungkin disebarkan daripada kelawar ke manusia melalui haiwan lain.
Giat tangkap kelawar, 'pemburu virus' ini berharap mampu halang pandemik seterusnya
Tangkapan itu bagi membangunkan model simulasi yang diharap mampu membantu dunia menghindari pandemik yang mirip COVID-19.
WHO sangkal teori virus punca COVID-19 dihasil di makmal China
Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyiasat asal usul COVID-19 menafikan teori virus itu dihasilkan di makmal China.
Kaitan punca COVID-19, penyelidik di Thailand mulakan kajian spesies kelawar
Ratusan kelawar dikumpulkan dari sebuah gua di wilayah Chanthaburi di sebelah tenggara negara itu.
COVID-19: Ada apa dengan Institut Virologi Wuhan?
Terbaharu, China membantah sebarang cadangan untuk melancarkan siasatan antarabangsa berhubung punca koronavirus SARS CoV-2 yang didakwa ia berasal dari makmal milik negara itu.