Kereta api penumpang Amtrak berada pada laluan yang salah menyebabkan ia berlanggar dengan kereta api kargo.
Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara, Robert Sumwalt dalam kenyataan berkata gerabak Amtrak itu sepatutnya berjalan terus selepas melewati sebuah rel kereta api, namun telah dilencongkan ke laluan kereta api kargo menyebabkan ia bertembung dan mencederakan lebih 110 penumpang.
Nahas turut menyaksikan konduktor kereta api dan juruteranya terkorban.
BACA: Kereta api bertembung di South Carolina, dua maut, 50 cedera
Kata Sumwalt, suis pada Amtrak telah dikunci untuk laluan yang sama iaitu prosedur biasa apabila jurutera kereta api secara manual mengalihkan laluan.
“Atas sebab apa pun, suis itu, seperti yang mereka katakan dalam industri kereta api, 'berbaris dan terkunci' yang pada asasnya bermaksud ia diselaraskan untuk laluan sama dan turun ke bawah untuk menukar laluan,” jelasnya dalam satu sidang media yang diadakan.
Bagaimanapun, siasatan akan teruskan bagi mencari punca perubahan kedudukan suis berkenaan.
Mengulas lanjut, Sumwalt berkata, kawalan kereta api yang baik akan dapat menghalang kemalangan seumpama ini daripada berulang.
Beliau merujuk kepada sistem brek keselamatan elektronik yang dipasang pada kereta api di negara itu menjelang akhir tahun ini.
“Sistem kawalan operasi yang mantap akan dapat mengelakkan kemalangan seperti ini dan itu tujuan sistem ini dibuat,” tambahnya lagi.
Beliau turut memberitahu pasukannya ke Washington bagi meneliti semula rakaman video daripada kereta api Amtrak untuk mencari bukti kukuh punca nahas berkenaan berlaku.
Pihaknya dijangka memberitahu perkembangan terbaharu pada Selasa berhubung kemalangan tersebut.
APTN
Mon Feb 05 2018
Nahas kereta api Amtrak dan kereta api kargo di South Carolina menyebabkan dua maut manakala 116 yang lain cedera. -AP
Polis siasat dokumen palsu guna nama Ketua Polis Negara
Polis membuka kertas siasatan berhubung penyebaran satu dokumen palsu yang meniru tanda tanga Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husaun berserta Jata Negara dan logo Badan Peguam Malaysia.
Dua beranak cedera kenderaan dihempap pokok tumbang
Dua beranak cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di sini, pagi tadi.
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
Arul Kanda beritahu mahkamah, beliau tidak meminta penjelasan penamatan dua juruaudit 1MDB
Arul Kanda menjelaskan, beliau tidak menanyakan mengenai perkara tersebut kerana beliau hanya menyertai dana kekayaan negara itu, pada 2015.
Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
Bekas kerani bank didakwa pecah amanah akaun masjid lebih RM100,000
Bekas kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang akaun sebuah masjid berjumlah RM115,900, tiga tahun lepas.
Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela
Belanda memutuskan untuk mengurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela di negara itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Caracas.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan kepada 120 rumah warga emas
McDonalds Malaysia mengunjungi 120 rumah kebajikan untuk membawa kegembiraan Tahun Baru Cina ini.
Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar makmal - Bomba
Siasatan menyeluruh sudah dilakukan di lokasi kejadian berlaku antara 24 Disember tahun lalu sehingga 12 Januari baru-baru ini.
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
Tiga maut, kereta api tergelincir langgar lori sampah
Tujuh daripada lapan gerabak kereta api Amtrak tergelincir di laluan dari Los Angeles ke Chicago.
3 maut kereta api Amtrak tergelincir di Montana
Ketika kejadian, kereta api berkenaan membawa kira-kira 147 penumpang dan 13 kru.
Salah laluan punca dua gerabak kereta api bertembung
Keretapi penumpang Amtrak berada pada laluan yang salah menyebabkannya berlanggar dengan keretapi kargo, kata Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara, Robert Sumwalt.
Kereta api bertembung di South Carolina, dua maut, 50 cedera
Sebuah kereta api kargo dalam perjalanan dari New York ke Miami berlanggar dengan sebuah kereta api penumpang Amtrak tergelincir di selatan Carolina menyebabkan beberapa orang cedera dan maut.
Nahas kereta api Amtrak: Gerabak bergerak melebihi dua kali ganda had laju
Pihak keselamatan telah memulakan operasi mengalihkan kereta api penumpang Amtrak yang tergelincir dan terjatuh di atas beberapa buah kenderaan di lebuh raya Interstate 5 pada Isnin di Tacoma.
6 maut, puluhan cedera kereta api Amtrak tergelincir di Washington
Sekurang-kurang-kurangnya enam maut dan hampir seratus yang lain cedera apabila sebuah kereta api penumpang Amtrak tergelincir di Tacoma, Washington, Amerika Syarikat.