PADA 13 November lalu, Salim Toorabally memulakan rutin hariannya sama seperti hari-hari biasa.
Dia bekerja sebagai pengawal keselamatan Maine Securite yang bertugas mengawal Stade de France, stadium nasional Perancis dengan kapasiti lebih 80,000 penonton.
Selepas makan bersama keluarga, Salim bergerak menuju ke tempat kerja. Anak perempuannya berpesan agar berhati-hati selepas mendengar berita bahawa pasukan bola sepak Jerman sudah diarahkan keluar dari hotel kerana satu ancaman bom.
Para penonton mula berpusu-pusu membanjiri setiap pintu masuk stadium, termasuk Pintu L tempat Salim bertugas. Setiap pemegang tiket diperhati penuh teliti.
Tiba pula giliran seorang pemuda, Bilal Hadfi, yang mahu memasuki di Pintu L. Namun, apabila melihat Bilal cuba mengekori rapat penonton lain untuk melepasi palang pintu, Salim terus bertindak menyekatnya.
Segala-galanya mencurigakan tentang Bilal. Wajahnya tidak tenang, jaket hitam, dan bahasa tubuh yang sentiasa menunjukkan keresahan.
Apa yang tidak diketahui oleh Salim ketika itu, beliau telah menghalang seorang pengganas daripada meletupkan Stade de France yang padat dengan penonton.
Perlawanan di stadium tersebut turut disaksikan jutaan penonton di seluruh dunia melalui siaran televisyen.
Salim juga telah menghalang Bilal daripada membunuh puluhan ribu pengunjung stadium termasuk Presiden Perancis sendiri, Francois Hollande, yang turut hadir menyaksikan perlawanan persahabatan antara skuad negara itu dan Jerman.
'Saya cuma menjalankan tugas'
Walaupun sesetengah pihak menganggap beliau sebagai wira, Salim menegaskan beliau hanyalah orang biasa yang menjalankan tugas.
Salim, 42, yang merupakan imigran dari Mauritius kini menetap di Le Blanc-Mesnil, kawasan pinggir bandar Paris bersama-sama dengan isteri dan seorang anak perempuan.
Mengimbas kembali detik ketika dia sedar bahawa dia telah menyelamatkan puluhan ribu nyawa di stadium, Salim berkata: “Seluruh tubuh saya menggeletar. Saya rasa mual. Saya beritahu diri sendiri, kalaulah saya biarkan dia (Bilal) masuk, saya dah bersubahat dengan pembunuhan semua orang. Ramai yang akan mati.”
Selepas menghalang Bilal dari memasuki stadium, Salim mula mengesan kelakuan aneh pemuda itu yang cuba memasuki pintu lain. Salim melaung amaran kepada rakan sekerja dan akhirnya Bilal hilang dari pandangan.
Sesudah letupan
Tiga letupan didengari hampir sejam selepas Bilal dihalang masuk. Salah satu letupan berasal daripada Bilal yang meletupkan diri di restoran McDonald’s kira-kira 300 ela dari stadium.
Salim turut bertanggungjawab membantu rakan sekerja yang cedera akibat terkena letupan tersebut.
Selepas serangan di Paris, Salim diiktiraf sebagai wira oleh Datuk Bandar Le Blanc-Mesnil yang telah mengadakan pertemuan peribadi dengan beliau.
“Saya bangga kerana beliau datang dari komuniti kami dan saya sangat gembira bertemu dengan beliau,” ujar Datuk Bandar Thierry Meignen.
“Mereka yang melakukan semua (keganasan) ini merupakan penyamar, mereka menghantar mesej yang salah,” ujar Salim sambil menambah bahawa dia datang ke Perancis ketika berusia 16 tahun.
Katanya, Perancis merupakan negara tempat dia berjaya, dan dia berbangga menjadi rakyat negara itu.
Nizam Bakeri
Sun Dec 13 2015

Salim Toorabally bertanggungjawab menghalang Bilal Hadfi, pengebom berani mati, dari meletupkan Stade de Grande ketika serangan di Paris.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Salim Toorabally: Pengawal keselamatan Muslim halang pengeboman stadium terbesar Perancis
Salim Toorabally bertanggungjawab menghalang Bilal Hadfi, pengebom berani mati, daripada meletupkan Stade de Grande ketika serangan di Paris.

Identiti lima suspek serangan Paris: Apa yang telah diketahui
Siapakah mereka di sebalik serangan ganas terburuk yang melanda Perancis itu yang menjadikan dewan konsert, restoran dan stadium sebagai sasaran?