LONDON: Perubahan iklim mengakibatkan salji di pergunungan Alps mencair serta mendorong perubahan musim yang mendadak, lapor Agensi Berita Xinhua memetik kajian Universiti Manchester.
Pergunungan Alps menarik ribuan pelancong dari seluruh dunia ke resort ski di kawasan banjarannya yang diliputi salji.
Namun, menurut kajian itu salji musim bunga di Pergunungan Alps mencair lebih awal tahun ini akibat perubahan iklim yang juga mendorong perubahan mendadak terhadap ekosistem gunung.
"Perubahan ini boleh memberi kesan negatif terhadap fungsi ekosistem ini," kata penyelidik.
Penyelidikan terbaru itu menunjukkan fungsi mikroorganisma tanah di Alps terancam akibat peningkatan suhu global ekoran perubahan iklim yang berterusan.
Mikroorganisma tanah menyokong kehidupan di permukaan tanah kerana ia mengitar semula nutrien utama yang penting bukan sahaja untuk haiwan dan tumbuhan juga kepada manusia. Ia turut mengawal jumlah karbon tersimpan di dalam tanah, yang membantu mengurangkan pemanasan global.
Kajian itu menambah: "Pada musim sejuk, mikroorganisma tanah Alps bergantung pada salji untuk bertindak sebagai penghalang penebat, membolehkan ia terus bekerja sepanjang musim sejuk. Namun, dianggarkan salji musim sejuk Alps akan mulai mencair lebih 100 hari lebih awal berbanding sekarang pada akhir abad ini.
Laporan edisi terbaru The ISME Journal itu diterbitkan pada Rabu.
Pengarang utama penerbitan penyelidikan itu Dr. Arthur Broadbent dari Universiti Manchester berkata: "Kajian mendapati salji musim bunga mencetuskan peralihan musim yang mendadak kepada komuniti mikroorganisma tanah, yang berkait rapat dengan pertukaran pantas dalam kitaran karbon dan nitrogen."
Katanya, akibat fungsi ekosistem musim sejuk akan berkurang dalam ekosistem musim salji di masa depan ia sekali gus mengancam pengekalan karbon dan produktiviti tanaman.
“Ini akan memberi kesan negatif terhadap pengeluaran pertanian dan mengganggu ekosistem semula jadi. Ia juga akan mengubah aliran karbon tahunan ekosistem di sini yang berpotensi menyebabkan pemanasan iklim yang berterusan," tambah Broadbent.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 26 2021

Dianggarkan salji musim sejuk Alps akan mulai mencair lebih 100 hari lebih awal berbanding sekarang pada akhir abad ini. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Salji di Alps cair lebih awal akibat perubahan iklim: Kajian
Pergunungan Alps menarik ribuan pelancong dari seluruh dunia ke resort ski di kawasan banjarannya yang diliputi salji.

Elak kelas ditutup, kambing didaftarkan ke sekolah
Bimbang kelas di sebuah sekolah rendah ditutup kerana kurang bilangan pelajar, pengembala tampil membantu dengan mendaftarkan kambingnya.

Germanwings: Rakaman suasana panik dalam kabin sebelum nahas tersebar
Sebuah video yang tersebar didakwa memaparkan detik akhir di dalam kabin pesawat Germanswings yang terhempas minggu lalu.