SEORANG pegawai dari kumpulan bersenjata Lubnan iaitu Hezbollah yang disokong Iran berkata, mereka tiada maklumat tambahan mengenai serangan tikaman terhadap pengarang dan novelis, Salman Rushdie.
Pegawai yang enggan dikenali itu tidak mahu mengulas sebarang perkembangan mengenai kes berkenaan atas alasan mereka tidak tahu apa-apa.
Hezbollah disokong oleh Iran yang pemimpin tertinggi sebelumnya, Ayatollah Khomeini, pada 1988 mengeluarkan fatwa menggesa umat Islam untuk membunuh Rushdie kerana menghina Islam terutama Nabi Muhammad SAW.
Sementara itu, Datuk Bandar Yaroun, Ali Tehfe, berkata penyerang yang dikenal pasti oleh polis sebagai Hadi Matar, 24, dari New Jersey, adalah warganegara asal Lubnan.
Keluarga suspek juga berasal dari bandar Yaroun di selatan Lubnan.
Tehfe berkata, ibu bapanya berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) dan Matar dilahirkan serta dibesarkan di sana.
Ketika ditanya sama ada Matar atau ibu bapanya bergabung dengan atau menyokong Hezbollah, Tehfe berkata dia tiada maklumat mengenai pandangan politik ibu bapa atau Matar kerana mereka tinggal di luar negara.
Dalam pada itu, akhbar ultra konservatif Iran, Kayhan memuji suspek yang menyerang Rushdie memandangkan ia adalah sasaran fatwa Iran pada 1989.
Rushdie kini menggunakan ventilator selepas ditikam dalam majlis sastera di New York pada Jumaat selepas lebih 30 tahun bersembunyi.
Pengarang itu, kini berusia 75 tahun, menjadi tumpuan apabila novel keduanya 'Midnight's Children' pada 1981 mendapat pujian antarabangsa dan hadiah Booker berprestij britain yang menggambarkan India pasca kemerdekaan.
Tetapi bukunya pada 1988, "The Satanic Verses" mengubah hidupnya apabila Khomeini mengeluarkan arahan memerintahkan pembunuhannya.
Pada 1998, kerajaan presiden reformis Iran, Mohammad Khatami, memberi jaminan kepada Britain bahawa Iran tidak akan melaksanakan fatwa itu.
Tetapi, kata pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei pada 2005, beliau masih percaya Rushdie sudah 'murtad', sekali gus pembunuhannya dibenarkan oleh Islam.
Astro Awani
Sun Aug 14 2022

Rushdie kini menggunakan ventilator selepas ditikam dalam majlis sastera di New York pada Jumaat selepas lebih 30 tahun bersembunyi. -Gambar fail/Reuters

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Salman Rushdie buta sebelah mata
Salman turut menderita lebih 15 parut di dadanya kerana serangan berkenaan.

Hakim tidak benar penyerang Salman Rushdie diikat jamin
Ketika perbicaraan, peguamnya gagal mempengaruhi hakim supaya Matar dibebaskan sementara menunggu perbicaraan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang.

Kes Salman Rushdie: Suspek menghormati Ayatollah Khomeini dari Iran
Dia turut nyatakan pendirian tidak sukakan Salman kerana pengarang itu seorang Muslim namun menyerang kepercayaan agama itu.

'Anda yang seterusnya': Gara-gara luah sokongan kepada Salman Rushdie, JK Rowling terima ugutan bunuh
Pemilik akaun Twitter yang mengeluarkan ugutan bunuh itu juga memuji Hadi Matar, lelaki dari New Jersey yang menikam Rusdhie.

Salman Rushdie tidak lagi bergantung pada ventilator, sudah boleh bercakap
Keadaan Salman Rushdie kini dilaporkan menunjukan tindak balas positif apabila penulis buku itu tidak lagi bergantung kepada mesin ventilator dan mungkin sudah boleh bercakap.

Salman Rushdie ditikam: Hezbollah enggan ulas
Pegawai yang enggan dikenali itu tidak mahu mengulas sebarang perkembangan mengenai kes berkenaan atas alasan mereka tidak tahu apa-apa.

Cubaan bunuh: Penyerang Salman Rushdie mengaku tidak bersalah
Hadi Matar, 24, dituduh atas cubaan membunuh dan menyerang Salman di Institut Chautauqua, New York.

Saraf Salman Rushdie putus akibat ditikam, mungkin buta sebelah mata
Salman cedera selepas ditikam di atas pentas pada acara sastera di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Penulis kontroversi Salman Rushdie cedera ditikam atas pentas
Penulis kontroversi Salman Rushdie, cedera selepas ditikam di atas pentas di sebuah acara di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.