BALTIMORE: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyalurkan bantuan kecemasan persekutuan berjumlah AS$60 juta kepada negeri Maryland pada Khamis susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore yang runtuh.
Gabenor Maryland, Wes Moore dalam satu taklimat media pada Khamis mengesahkan peruntukan itu yang diluluskan oleh pentadbiran Joe Biden untuk membaik pulih kawasan insiden berkenaan.
“Pagi ini kami menyerahkan permintaan awal AS$60 juta kepada pentadbiran Biden-Harris untuk usaha penggemblengan awal, operasi dan pemulihan serpihan.
"Setakat tengah hari ini, pentadbiran Biden-Harris telah meluluskan permintaan itu. Kami amat berterima kasih kepada Presiden Biden, kepada Setiausaha (Pete) Buttigieg, kepada delegasi persekutuan kami dan semua rakan kongsi persekutuan kami,” katanya.
Jambatan itu runtuh pada Selasa selepas sebuah kapal pengangkut kargo besar hilang kawalan dan merempuh struktur Pelabuhan Baltimore.
Susulan itu, kawasan pelabuhan tersibuk AS itu menghalang laluan perkapalan sedia ada dan memaksa penutupan Pelabuhan Baltimore untuk selama-lamanya.
Dua individu disahkan maut, manakala empat lagi mangsa hilang dipercayai mati dalam kejadian itu.
Dalam pada itu, Moore berkata kebiasaannya peruntukkan kecemasan mengambil masa beberapa hari sebelum diluluskan, namun pentadbiran Biden segera meluluskan permohonan itu dalam tempoh beberapa jam selepas permohonan dilakukan.
Sementara itu, Biden juga pada Jumaat berkata beliau dijadualkan akan hadir ke Bbaltimore bagi meninjau situasi insiden jambatan berkenaan pada minggu hadapan.
Biden juga berkata menerusi peruntukan itu kerajaannya akan cuba sedaya upaya dalam pembinaan semula jambatan itu yang dianggap penting kepada ekonomi dan perdagangan AS.
Astro Awani
Sat Mar 30 2024
Jambatan itu runtuh pada Selasa selepas sebuah kapal pengangkut kargo besar hilang kawalan dan merempuh struktur Pelabuhan Baltimore. - Foto fail/REUTERS
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
10 kontena dari Malaysia berjaya masuk Gaza
Kontena tersebut antara lain berisi tepung gandum, pek penjagaan diri, kotak bantuan dan ubat-ubatan, dibawa masuk secara berperingkat.
GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan
Bantuan berbentuk keperluan asas bagi tempat tinggal sementara selain makanan panas serta keperluan bayi dan kanak-kanak sedang diatur.
16 mayat ditemukan selepas suhu melonjak di Karachi
Mangsa meninggal dunia akibat penyahhidratan yang disebabkan oleh suhu tinggi pada Rabu dan Khamis.
AS salur peruntukan AS$60 juta bina semula jambatan Baltimore
Jambatan itu runtuh pada Selasa selepas sebuah kapal pengangkut kargo besar hilang kawalan dan merempuh struktur Pelabuhan Baltimore.
Komunikasi, pengangkutan cabaran getir hantar bekalan makanan ke Pensiangan
Then berkata kesemua perkara itu, perlu dilakukan secara manual dengan menaiki bot selain berjalan kaki dari kampung ke kampung.
50,000 rumah runtuh dalam gempa bumi di Maghribi
Kerajaan akan memberikan bantuan kecemasan bernilai 30,000 dirham (kira-kira AS$3,000) kepada keluarga yang terjejas akibat gempa bumi itu.
ASEAN gerakkan dua bantuan terakhir ke Myanmar pada 16 Jun, 22 Jun
Ia bagi menyokong usaha bantuan kecemasan di Myanmar susulan bencana buruk akibat Siklon MOCHA bulan lalu.
24 puting beliung landa Mississippi, cetus kemusnahan besar
Sekurang-kurangnya 24 puting beliung dilaporkan melanda Mississippi sejak Jumaat.
Presiden Joe Biden isytihar darurat di Mississippi, lulus bantuan kecemasan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengisytihar darurat di Mississippi dan meluluskan bantuan kecemasan bagi membiayai bantuan kecemasan di daerah Carroll, Humphreys, Monroe dan Sharkey.
APM Melaka perluas program Kampung Siaga, tingkat kesiapsiagaan penduduk hadapi bencana
Menerusi program itu, penduduk atau komuniti akan diberikan latihan asas dan pendedahan awal menghadapi sebarang bencana dan kecemasan.