BANDARAYA GAZA: Menggali kubur besar menjadi satu-satunya penyelesaian bagi penduduk Gaza yang berdepan peningkatan jumlah kematian akibat serangan Israel sejak lebih sebulan yang lepas.
Penggali kubur, Saadi Baraka, 63, berkata kebanyakan mereka yang terkorban ialah kanak-kanak dan wanita.
Baraka berkata sepanjang pengalamannya sebagai penggali kubur apa yang berlaku di Gaza sekarang sukar untuk diungkapkan dan tidak pernah disaksikan sebelum ini, sehingga beliau tidak lalu makan mahupun tidur.
Di saat pelbagai alasan kononnya untuk menyasarkan Hamas, terowong, senjata dan pusat operasi, hakikatnya majoriti penduduk Gaza yang terdiri wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa.
Realiti itu kini membawa kepada tragedi dengan sekurang-kurangnya 70 peratus mangsa yang terbunuh ialah kanak-kanak dan wanita.
"Kami terpaksa menggali (kubur besar). Tiada tempat untuk menampung jumlah mayat yang terus bertambah setiap hari dan tiada batu nisan. Semuanya telah habis di Gaza.
"Semalam, saya mengebumikan hampir 600 jenazah, lebih banyak daripada yang saya kebumikan dalam tempoh lima tahun lalu.
"Saya tidak pernah melihat kekejaman sebegitu dahsyat. Majoriti yang saya kebumikan adalah wanita dan kanak-kanak,'' katanya.
Baraka berkata setiap kubur bersaiz kira-kira enam meter dan 45 jenazah dikebumikan di dalam satu liang dan kubur terbesar menempatkan 137 jenazah.
Jenazah yang tidak dikenal pasti turut dikebumikan sama seperti yang lain.
"Saya tidak boleh tidur lihat banyaknya mayat kanak-kanak. Apa salah anak-anak ini?
"Kami telah berusaha untuk dapatkan keamanan sejak zaman Abu Ammar (Allahyarham Presiden Palestin Yasser Arafat). Sementara Netanyahu hanya mengutamakan pertumpahan darah.
"Kami berusaha untuk hidup dengan penuh bermaruah dan bebas, inginkan sebuah negara yang berdaulat. Saya mahu menjadi rakyat seperti di negara-negara yang lain di dunia...," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023

Sekurang-kurangnya 70 peratus mangsa yang terkorban akibat serangan Israel ialah kanak-kanak dan wanita. - Gambar/ AP
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.

PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.

Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.

Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."

AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.

Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.